Connect with us

Oh! Media

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Sharifah Sakinah & Aliff Adha

Ohmedia sharifah sakinah tunang 8jpg

Umum

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Sharifah Sakinah & Aliff Adha

Tahniah diuapkan kepada pelakon Sharifah Sakinah yang telah mengikat tali pertunangan bersama lelaki pilihan hatinya, Aliff Adha Jamil semalam di kediaman keluarga pelakon itu di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Sharifah Sakinah tampil anggun dalam persalinan pereka fesyen terkenal Cosry berserta pelamin bertemakan taman. Pihak lelaki menghantar lima dulang hantaran berbalas tujuh dari pihak perempuan dan adat menyarung cincin disempurnakan oleh ibu Aliff, Rodzi Abdullah.

Menurut Sakinah, perkenalan singkat selama 8 bulan dirinya bersama Aliff Adha sebelum mengikat tali pertunangan merupakan pilihan yang tepat buat dirinya.

IKLAN

“Alhamdulillah, segala perjalanan majlis pertunangan dilalui dengan sempurna. Walaupun tempoh perkenalan hanya lapan bulan, kami sudah serasi bersama. Saya kenal dia pun ketika menjadi jurulatihnya. Tidak sangka kami akan mengakhiri perhubungan ini sebagai suami isteri tidak lama lagi,” ujar Sharifah Sakinah.

Berikut adalah gambar-gambar ketika berlangsungnya majlis pertunangan penuh meriah ini.

Kedua-dua pihak keluarga bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 28 Mac 2015. Tahniah didahulukan buat kedua dua buah keluarga dan bakal pengantin.

Kredit gambar untuk Amir Naufal Photography, selaku OP bagi majlis pertunangan ini. – Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas