Umum
Diana Rafar Failkan Penceraian, Nekad Berhijab

“Ya, saya sudah memfailkan perceraian sekitar jam 1 tengah hari tadi. Bagaimanapun saya tidak mahu mengulas lanjut punca perpisahan kami lagi buat masa ini. Saya redha dengan apa yang terjadi,” katanya seperti yang dipetik di Berita Harian.

“Di sebalik dugaan hidup yang saya lalui termasuk kisah
rumah tangga yang sering menjadi buruan, saya sedar ini semua ujian
Tuhan untuk saya jadi lebih kuat. Saya barangkali gembira dengan
perniagaan dan kerjaya, tapi ada yang bagaikan tidak lengkap.“Seperti kosong. Saya sendiri tertanya apa yang bermain di fikiran itu.
Dan tanpa diduga saya tergerak hati untuk bertudung. Malah sebelum itu,
saya jadi macam malas dan segan nak keluar rumah.“Saya bermula dengan mengenakan selendang dan rasa yakin diri untuk
keluar rumah. Keesokan harinya, saya tanggalkan kembali selendang itu
jadi janggal. Kemudian saya nekad mengambil tudung. Saya sedar
kebahagiaan yang ditarik itu diganti dengan cara sebegini,” katanya
tenang.

