Connect with us

Oh! Media

Kantoi Hisap Vape Dalam Dewan, Hishammuddin Akui Itu Tabiat Baru & Mohon Maaf

Ohmedia hisham hisap vapepng

Oh! Negara

Kantoi Hisap Vape Dalam Dewan, Hishammuddin Akui Itu Tabiat Baru & Mohon Maaf

Tak tahu nak kata apa, tapi gelagat seorang Ahli Parlimen yang dilihat sedang menghisap vape di dalam Dewan Rakyat telah menarik perhatian ramai.

Video yang dikongsikan oleh sorang pengguna Twitter itu menunjukkan susuh tubuh Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kantoi sedang menyedut dan menghembus rokok elektronik ketika dewan sedang bersidang.

Gelagatnya yang dilihat curi-curi hisap vape dengan memakai pelitup muka itu dilihat agak lucu dan turut mendapat perhatian Hishammuddin yang mengakui itu adalah dirinya.

IKLAN


Maaf, saya tidak sedar. Ia adalah tabiat baharu saya. Saya mohon maaf kepada Dewan dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. – Katanya yang kesal dengan perbuatannya itu.

+ Baca respon pembaca yang lihat video kantoi ini di Facebook Oh! Media.



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas