Connect with us

Oh! Media

Pelakon Popular Adi Putra Dikejarkan Ke Hospital

ohmedia adi putra sakitjpg

Umum

Pelakon Popular Adi Putra Dikejarkan Ke Hospital

Adi Putra dikejarkan ke Pusat Perubatan Prince Court selepas disyaki terkena gejala cekera teranjak (Slipped Disc). Finalis kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH2014) itu mula diserang sakit urat pada bahagian tulang belakang ketika hadir pada sesi promosi filem Isyarat Cinta di Kuala Lumpur.

Kesihatan Adi Putra jelas amat merisaukan isterinya lebih-lebih lagi apabila panggilan pelakon terkenal itu tidak berjawab.

“Saya pun terkejut bila dapat tahu sebab tak ada dengan dia. Saya baru balik kursus. Malam ini baru nak pergi tengok. Kena tunggu malam ini baru saya dapat tahu. Saya cuba hubungi tapi tak berjawab lagi. Bimbang juga jadinya. Nanti bila saya sampai (hospital) dan tahu cerita saya akan berkongsi.” jelas isterinya.

Difahamkan Adi dibawa ke hospital oleh pembantu peribadinya, Jobot selepas mengadu sakit belakang secara tiba-tiba ketika sedang hangat mempromosikan filem terbaru itu.

IKLAN

BACA: Review Filem Isyarat Cinta

Isyarat Cinta merupakan filem terbaru lakonan Adi Putra bersama-sama Liyana Jasmay dan Fizo Omar yang sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh tanahair ketika ini. Menurut Adi, beliau terpaksa meninggalkan majlis promosi filem tersebut lebih awal untuk ke hospital.

“Saya diserang sakit belakang ketika pertengahan majlis promosi Isyarat Cinta dan terpaksa meninggalkan majlis lebih awal untuk ke hospital. Selepas diberikan suntikan tahan sakit, saya ditahan di wad kerana doktor mengesyaki berlaku slipped disc. Saya tidak pasti berapa hari akan ditahan di hospital kerana beberapa siri rawatan akan saya lalui hari ini, termasuklah menjalani imbasan Pengimejan Magnetik Resonans (MRI) MRI,” katanya ketka dihubungi akhbar BH Online.

Adi Putra juga turut memberitahu yang dia telah mula merasa tidak sedap badan namun mengenangkan tanggungjawabnya, kesihatannya diketepikan buat sementara waktu.

“Sebelum ke majlis itu lagi saya rasa seperti tidak sedap hati, tetapi mengenangkan tanggungjawab besar saya untuk memastikan filem ini berjaya di pawagam, saya kuatkan semangat untuk menghadirinya. Saya mengharapkan peminat mendoakan agar penyakit saya ini tidak kritikal dan Insya-Allah saya akan kembali bekerja apabila keadaan kembali pulih,” katanya.

Oh! Media: Kami doakan Adi Putra cepat sembuh dan dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas