Connect with us

Oh! Media

(Tahniah) Alif Satar Timang Anak Sulung, Alisha Anugerah

Ohmedia alifsatar jadi bapapng

Umum

(Tahniah) Alif Satar Timang Anak Sulung, Alisha Anugerah

Penyanyi Alif Satar yang terkenal dengan lagu, Jangan Nakal selamat menimang cahayamata sulung kira-kira pukul 9.28 pagi di Pantai Hospital Kuala Lumpur.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 25, berkata, isterinya Shadila Halid, 31 melahirkan bayi perempuan seberat 3.24 kilogram secara normal dan kedua-dua mereka dalam keadaan baik.


“Alhamdulillah saya sangat bersyukur dan amat teruja kerana saya sendiri yang menyambut kelahiran puteri sulung saya dan memotong tali pusatnya.

“Semua berjalan dengan lancar, syukur kerana isteri saya selamat melahirkan puteri sulung kami ini,” katanya.

Pasangan ini sebulat suara menamakann mereka dengan nama Alisha Anugerah yang membawa maksud dilindungi oleh Tuhan.

IKLAN

Terdahulu, pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 15 September 2014.

OHMEDIA: Tahniah buat Alif dan isteri. Semoga anak membesar menjadi anak yang solehah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas