Umum
Tam Spider Timang Anak Perempuan

Penyanyi dan komposer Tam Spider atau Rustam bin Mustafa telah menimang seorang lagi cahaya mata perempuan semalam. Menurut isterinya, Aida Mustafa, dia dan bayi dalam keadaan sihat.
“Saya masuk hospital lebih kurang jam 10 pagi, kemudian jam 12 lebih masuk bilik pembedahan dan lebih kurang jam 1, selamat bersalin.
“Oleh kerana dua anak terdahulu lahir dengan menggunakan kaedah pembedahan, untuk anak ketiga ini pun kena bedah juga. Tak apalah yang penting anak selamat dan segalanya berjalan lancar.
“Alhamdulilah abang Tam, dah ada tiga anak lelaki Alif, 24, Afiq, 8, Aqil, 5, dan kali ini dapat pula anak perempuan, syukur,” katanya.

Tam Spider sekarang sedang giat mempersiapkan anak muridnya di Mentor Otai final pada Ahad ini. Oleh itu, kita masih menantikan perkongsian wajah dan nama anak mereka.
Tahniah kepada Tam Spider dan isteri atas kelahiran anak perempuan yang selama ini mengimpikan untuk mempunyai seorang anak perempuan.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM