Connect with us

Oh! Media

Fara Hezel Dan Aiman Tino kena ‘aim’ Pada Malam Raya

Umum

Fara Hezel Dan Aiman Tino kena ‘aim’ Pada Malam Raya

Related image
Sambutan Hari Raya tahun ini bagi Aiman Tino dan Fara Hezel, kakaknya agak berbeza kerana kedua-duanya telahpun bergelar sebagai artis. Sebut sahaja Aiman Tino, siapa tidak mengenalinya yang popular menerusi lagu Ku Rela Di Benci. 
Bagi Fara Hezel pula, ia memberitahu bahawa ia pertama kali menyambut lebaran sebagai penyanyi dan mengharapkan yang baik-baik sahaja.
Fara Hezel, 22 tahun berkata melalui pengalaman lalu, seawal malam raya juga para peminat adiknya Aiman, sudah berkumpul di depan rumah.
“Tahun pertama saya beraya sebagai penyanyi saya harap yang baik-baik sahaja. 
“Cuma pengalaman yang saya dah nampak pada Aiman, peminat diawal malam raya memang sudah ‘aim’ rumah. 
“Peminat akan berikan salam dari jauh sambil berseloroh tak jawab salam dosa,” katanya kepada Sinar Harian. 
Sementelah itu, penyanyi Ku Pasrah ini turut berkongsi kemeriahan yang diraikan setiap kali Hari Raya Aidilfitri. 
“Momen setiap kali raya yang saya sendiri nantikan adalah di pagi raya. Sebab adik beradik ramai, jadi saya akan kejutkan seorang demi seorang untuk bersiap ke masjid. 
“Itulah antara momen paling menyeronokkan buat saya selain pergi solat terawih Aidilfitri dan menziarahi kubur arwah nenek,” ujarnya.
Pada masa yang sama Aiman Tino atau Mohammad Aiman Yusri, 19, turut berasa teruja kerana kakaknya Fara Hezel pada tahun ini sudah bergelar artis sepertinya. 
“Tahun ini juga saya rasa lebih seronok sebab ada kawan beraya sebagai artis iaitu Fara Hezel kakak saya,” tuturnya tersenyum.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

IKLAN

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas