Umum
Bukanlah Tidak Bersyukur, Namun Jangan Ambil Kesempatan – Datuk Awie

Penyanyi dan pelakon Datuk Awie baru-baru ini melahirkan rasa terkilan dan kecewanya berikutan bonus yang diterima daripada penerbit ying dikatakan tidak setimpal dengan kutipan lebih RM30 juta yang diraih hasil kutipan filem Hantu Kak Limah.
“Sebagai anak seni, saya rasa bertanggungjawab ‘membuka mulut’ bagi mempertahankan hak kami. Ini kerana dipandang enteng oleh sesetengah pihak.
“Bukanlah tidak bersyukur, namun jangan ambil kesempatan apabila filem Hantu Kak Limah sudah berjaya,” katanya ditemui pada sidang media Konsert GIG 2018 di sini, hari ini.
Awie berkata dia hanya menerima beberapa ribu sahaja dan membayangkan bagaimana pula nasib kru yang lain.
Walaubagaimanapun Awie tidak menolak untuk melakonkan watak Husin dalam sekuel Hantu Kak Limah, namun dia meletakkan beberapa syarat.
“Dengan syarat, filem itu bukan di bawah syarikat produksi yang sama.
“Saya tidak ada masalah untuk kembali berlakon di bawah arahan Mamat Khalid, cuma perlu tahu siapa penerbitnya.
“Saya enggan bekerjasama di bawah syarikat sama selepas pengalaman ini,” katanya.

