Connect with us

Oh! Media

Awie Tidak Sanggup Melihat Cermin

Awie umrah siap 720x480jpg

Umum

Awie Tidak Sanggup Melihat Cermin

Datuk Awie yang merupakan penyanyi dan pelakon popular tidak sanggup melihat cermin selama hampir dua hari kerana dia telah membotakkan kepalanya. Awie berkata, dia tidak pernah membotakkan kepalanya sepanjang hidupnya.

Awie mengambil keputusan untuk membotakkan kepala buat pertama kali dalam hidupnya ketika menunaikan umrah hujung bulan lepas, dia berasa terkejut dan enggan melihat wajah sendiri hampir dua hari.

“Ketika proses mencukur kepala, saya pejamkan mata dan berzikir. Saya tak nak tengok, apabila sudah habis, saya angkat plastik dan tutup muka sendiri.

IKLAN

“Sehari setengah jugalah saya tak tengok cermin. Belakang kepala pun rasa ringan je.

“Keesokan harinya, semasa hendak mandi bagi menunaikan solat subuh, barulah saya lihat perlahan-lahan,” kongsinya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Awie bakal muncul dengan filem televisyen terbaharu Berani Jadi Papa bergandingan dengan Ungku Hariz dan pelakon kanak-kanak Rykarl.

Membawakan watak artis veteran bernama Sani Joned, Berani Jadi Papa akan mula menemui penonton pada 6 Disember 2018.

Sumber: Astro Gempak

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas