Connect with us

Oh! Media

Michelle Yeoh Teruja Berlakon di Filem Ip Man Master Z

michelle 770x470png

Umum

Michelle Yeoh Teruja Berlakon di Filem Ip Man Master Z

Bintang Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh dilihat teruja apabila dipanggil untuk berlakon semua dalam filem aksi popular IP Man yang diarahkan oleh Yeun Woo Ping yang merupakan pengarah popular.

Filem Ip Man yang mempamerkan aksi mempertahankan diri itu, dilihat lebih sebati dalam jiwanya dan ini merupakan peluang terbaik untuk dia beraksi semula di Hong Kong dalam siri Ip Man, Master Z : The Ip Man Legacy.

Michelle Yeoh bakal beraksi bersama pelakon-pelakon hebat seperti Max Zhang, Tony Jaa, Dave Bautista dan Kevin Cheng dan ianya pasti menjadi satu pengalaman yang hebat bekerjasama sekali lagi dengan pengarah serta barisan pelakon yang ada.

IKLAN

“Saya sendiri berkawan baik dengan semua barisan pelakon, jadi sudah tentunya mudah untuk kami bekerjasama dan sentiasa seronok untuk bekerja bersama,” katanya.

Selepas mencuri tumpuan melakonkan sisi berbeza dalam resume lakonannya sebagai Eleanor Young menerusi filem Crazy Rich Asians, Michelle berkata beliau kini meneruskan pembabitannya dalam filem berbentuk romantik komedi dalam projek terbaru arahan Paul Feig.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas