Connect with us

Oh! Media

Ketua Pengarah Dipecat Kerana Terlepas Adegan Seks Jackie Chan

Umum

Ketua Pengarah Dipecat Kerana Terlepas Adegan Seks Jackie Chan

Seorang ketua pengarah di stesen penyiaran Iran, IRIB dipecat selepas tidak sengaja membiarkan adegan seks filem dibintangi Jackie Chan ‘terlepas’ dari peraturan penapisan yang ketat di negara itu.

Penonton di Pulau Kish di Iran terkejut apabila stesen televisyen tempatan menunjukkan pelakon seni mempertahankan diri melakukan adegan seks dengan seorang pelacur dalam sebuah filem lakonannya.

Adegan terbabit dianggap melampaui batas di Iran, meskipun lelaki dan wanita tidak dibenarkan berjabat tangan ketika berlakon di layar perak.

IKLAN

Insiden itu mendapat maklum balas cepat selepas seorang penonton menyiarkan klip filem terbabit di dalam talian.

“Klip filem adegan tidak bermoral dibintangi Jackie Chan menjadi tular di media sosial seperti disiarkan Kish IRIB,” lapor agensi berita, ISNA.

“Adegan ini yang bertentangan dengan prinsip IRIB, akhirnya membawa kepada pemecatan dan teguran kepada beberapa kakitangan IRIB di Kish,” katanya sambil merujuk kepada ketua pengarah IRIB di Kish.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas