Connect with us

Oh! Media

Dik Wan Terus Harumkan Nama Negara – Rangkul Anugerah Terbaik Asia

image2b2528752529jpg

Umum

Dik Wan Terus Harumkan Nama Negara – Rangkul Anugerah Terbaik Asia

Cukuplah dengan kontroversi yang menimpa seorang artis wanita sebentar tadi. Kini kisah kejayaan seorang atlet para negara iaitu Mohamad Ridzuan Puzi yang kini telah dinobatkan sebagai Atlet Para Lelaki Terbaik Asia 2018.

Ridzuan Puzi atau Dik Wan yang telah mengahrumkan nama negara itu menerima anugerah berkenaan daripada Presiden Majlis Paralimpik Emiriah Arab Bersatu, Mohamed Alhameli dan Presiden Jawatankuasa Paralimpik Asia, Majid Rashed pada majlis yang berlangsung di Dubai.

“Saya gembira dan berterima kasih kepada Jawatankuasa Paralimpik Asia kerana memberi penghargaan ini. Ia membakar semangat saya untuk terus melakar pencapaian lebih baik selepas ini,” kata Ridzuan.

IKLAN

Dik Wan sebelum ini telah berjaya mencipta rekod dunia dalam acara 100m lelaki T36 (celebral palsy) dan rekod Sukan Asia bagi acara lompat jauh pada temasya Sukan Para Asia di Jakarta, Oktober tahun lalu.

Pada temasya di Jakarta, atlet itu mencipta rekod dunia acara 100m lelaki T36 dengan masa 11.87 saat bagi memadam rekod dunia lama, 11.90s milik atlet Russia, Evgenii Shvetcov yang dilakukan pada Kejohanan Dunia 2013 di Lyon.

Ridzuan juga meleburkan rekod Sukan Para Asia acara lompat jauh dengan catatan terbaiknya 5.59m dan memadam rekod lama (5.45m) yang dilakukan Yang Yi Fei pada 2016.

Oleh itu, anugerah ini memang selayaknya menjadi milik Dik Wan kerana telah berjaya mencipta kejayaan demi kejayaan. Tahniah Dik Wan dan teruskan mengharumkan nama negara Malaysia tercinta.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas