Connect with us

Oh! Media

Malaysia Kutuk Tindakan Membakar Bendera Malaysia Di Filipina

179264jpg

Umum

Malaysia Kutuk Tindakan Membakar Bendera Malaysia Di Filipina

Malaysia hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan membakar bendera negara ini secara terbuka di Filipina yang ditampilkan dalam sebuah video.

Dalam kenyataannya di sini, Wisma Putra meluahkan rasa sangat kesal atas penerbitan video kontroversi itu menerusi akaun Facebook ‘President Pamatong Supporters’ pada 19 dan 21 Januari lalu.

Elly Pamatong digambarkan sebagai mengaku pengasas ‘United States Allied Freedom Fighters of the East’ (USAFFE).

IKLAN

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu dan menyifatkan tindakan membakar bendera Malaysia sebagai satu insiden yang serius,” kata Wisma Putra.

“Bendera merupakan simbol negara yang kudus dan harus dihormati,” katanya.

Wisma Putra berkata, perbuatan sedemikian serta komen anti-Malaysia yang dibuat oleh individu terbabit adalah jelik serta tuduhan yang dilemparkan juga tidak berasas.

Wisma Putra seterusnya menggesa kerajaan Filipina mengambil tindakan tegas terhadap Pamatong dan memastikan insiden serupa tidak berulang kerana ia mampu mencemarkan hubungan dua hala yang baik di antara Malaysia dan Filipina sekarang.

Sumber: Bernama

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas