Connect with us

Oh! Media

Berpolitik Juga Ada Batasnya! Hisham Mohon Maaf Kepada Waris Wira Terkorban

ohmedia ketapi hishampng

Oh! Negara

Berpolitik Juga Ada Batasnya! Hisham Mohon Maaf Kepada Waris Wira Terkorban

Ramai yang tak berpuas hati dengan apa yang cuba dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Silam, Datuk Mohamaddin Ketapi mengenai insiden pencerobohan Lahad Datu. Apa yang dinyatakan olehnya juga telah mengguris hati keluarga pejuang negara yang terkorban mempertahankan tanah air pada waktu itu.

Terbaru, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tampil melakukan permohonan maaf kepada waris yang terkorban dan menyifatkan apa yang dilakukan Ketapi itu tidak berasan dan bertanggungjawab.

Bagi pihak Mohamaddin Ketapi, saya ingin meminta maaf kepada keluarga dan waris wira-wira kita yang terkorban di Tanduo, Lahad Datu. Saya tengok kenyataan beliau tidak bertanggungjawab dan lebih baik dia tanya Presiden dia sendiri apa yang berlaku di Semporna. Ramai yang terkorban di sana, kalau betul ia sandiwara, biar Presiden dia yang mengesahkan sama ada iya atau tidak. – Katanya.

Pada waktu ini banyak isu yang cuba dimainkan ahli politik memandang Pilihan Raya Sabah sedang dilakukan pada waktu ini. Akan tetapi, tidak semua perkara boleh dipolitikkan dan perkara sensitif seperti ini tidak boleh dijadikan alat untuk berpolitik.

IKLAN

Diharapkan perkara seperti ini tidak berulang kerana tidak kira apapun fahaman politik, kita tetap perlu bersatu untuk mempertahankan tanah air tercinta.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas