Connect with us

Oh! Media

Kumpulan XPDC Tampil Wujudkan Tabung Khas Bantu Yazit

51550240822 freesizejpg

Umum

Kumpulan XPDC Tampil Wujudkan Tabung Khas Bantu Yazit

Berikutan dengan kesusahan yang menimpa nasib pemain dram terkenal Malaysia iaitu Yazit Ahmad yang kami siarkan tempoh hari, kini kumpulan XPDC tampil untuk menggerakkan tabung khas untuk Yazit dalam Konsert Ulang Tahun Ke-30 XPDC Raja Metal Gegar Utara yang akan diadakan di Pulau Pinang.

Zuar, berkata mereka sepakat untuk membantu selepas dimaklumkan mengenai keadaan Yazit yang terpaksa bekerja walau menghidap sakit buah pinggang kronik demi menampung kos dialisis.

“Sebagai teman seperjuangan, kami harap sokongan menerusi tabung itu nanti dapat digunakan untuk rawatan cuci darah yang perlu dilakukannya empat hari seminggu.

IKLAN

“Penonton boleh menghulurkan sumbangan mereka pada konsert di Tapak Ekspo Seberang Prai Jaya. Bagi kami, jika bukan kawan sendiri yang sama-sama membantu, siapa lagi?

“Hari ini, dia berdepan ujian, siapa tahu mungkin pada masa akan datang kami pula menerima nasib sama? Pada waktu sebeginilah sokongan rakan mampu menguatkan semangatnya,” katanya pada sidang media mengumumkan konsert terbabit, di sini.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas