Connect with us

Oh! Media

800 Warga Palestin Selamat Memasuki Mesir Untuk Jalankan Ibadah Umrah

1477521 1269337863jpg

Umum

800 Warga Palestin Selamat Memasuki Mesir Untuk Jalankan Ibadah Umrah

Seramai 800 warga Palestin telah selamat memasuki Mesir dari Genting Gaza bagi menunaikan ibadah Umrah di kota suci Mekah.

Ini setelah pihak berkuasa Mesir telah memberikan visa kepada penduduk Gaza dan ia merupakan kali pertama diberikan sejak tahun 2014.

Jemaah dari Gaza itu dilaporkan telah mula meninggalkan kediaman mereka pada waktu subuh dan menaiki bas yang menunggu di sebelah Mesir untuk membawa mereka ke lapangan terbang di Kaherah.

IKLAN

Walaubagaimanapun, pegawau Palestin di Lintasan Rafah berkata, seramai 15 orang daripada 800 jemaah tidak dibenarkan menyeberang tanpa diberitahu puncanya.

Sebelum ini, kira-kira 2,500 jemaah Palestin dibenarkan meninggalkan Gaza melalui Mesir bagi tujuan mengerjakan ibadah haji pada setiap tahun.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas