Oh! Islam
Bukan Sekadar Bayar Zakat, ikhlas.com Tawar Ganjaran Umrah & Jaga Kebajikan Staf Melalui Program ZAP!
Bila sebut pasal zakat perniagaan, ramai majikan mungkin nampak ia sekadar tanggungjawab tahunan yang selesai sebaik bayaran dibuat. Tapi kali ini, ikhlas.com (anak syarikat Capital A) bawa pendekatan yang jauh berbeza dan lebih menguntungkan buat para usahawan.
Menerusi acara Scale & Impact Summit 2026 yang berlangsung di RedQ, KLIA2, ikhlas.com secara rasmi melancarkan Zakat Advantage Programme (ZAP).
Program ini direka khas untuk sektor korporat dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) supaya impak zakat bukan saja dirasai oleh golongan asnaf, malah memberi pulangan nilai kepada syarikat dan staf sendiri.
Apa Manfaat Yang Syarikat Boleh Dapat Melalui ZAP?
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin, ZAP diwujudkan bagi membina komuniti pembayar zakat korporat yang kukuh sambil memaksimumkan pulangan kebajikan buat warga kerja.
Antara kelebihan utama buat syarikat yang mendaftar:
- Staff Waqalah Programme: Syarikat boleh menyalurkan sebahagian dana zakat secara sah terus kepada staf berpendapatan rendah yang layak. Sekurang-kurangnya kebajikan warga kerja sendiri lebih terbela.
- Company Rewards: Ada pulangan nilai berbentuk ganjaran tahunan seperti pakej umrah, tawaran pelancongan, dan ganjaran gaya hidup untuk organisasi yang menyertai.
- Barakah Series Reporting: Laporan telus mengenai penyaluran zakat disediakan untuk memudahkan syarikat berkongsi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka di media sosial dan laporan tahunan.
- Akses Jaringan Korporat Eksklusif: Peluang membina jaringan bersama pemain industri besar menerusi jemputan ke VIP Tea Talk bersama tokoh ilmuwan dan ahli perniagaan terkemuka, serta tiket ke Private Summit 2027.
Kutipan Zakat Melonjak Ke RM44.36 Juta
Usaha ikhlas.com membudayakan zakat korporat nampaknya membuahkan hasil apabila mereka berjaya merekodkan kutipan zakat mencecah RM44.36 juta bagi tahun 2026. Angka ini menyaksikan lonjakan penglibatan sebanyak 63 syarikat berbanding 42 syarikat pada tahun sebelumnya.
Bagi usahawan atau majikan yang mahu menunaikan zakat perniagaan sambil menikmati pelbagai nilai tambah untuk staf dan operasi syarikat. Untuk maklumat lanjut, layari ikhlas.com atau muat turun aplikasi ikhlas.com di Apple App Store dan Google Play Store.
