Connect with us

Oh! Media

Pakatan Harapan Pertaruh 21 Calon Di PRN Melaka, Azman Abidin Nama Yang Jadi Tumpuan

ohmedia ohmedia featured prn melaka

Trending

Pakatan Harapan Pertaruh 21 Calon Di PRN Melaka, Azman Abidin Nama Yang Jadi Tumpuan

PH mempertaruhkan 21 calon daripada PKR, DAP dan Amanah pada PRN Melaka ke-16. Ini senarai penuh calon yang bakal bertanding.

Intipati berita

  • Pakatan Harapan mempertaruhkan 21 calon daripada PKR (9), DAP (7) dan Amanah (5) bagi PRN Melaka ke-16.
  • Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin, mencuri tumpuan apabila dicalonkan bertanding di DUN Paya Rumput.
  • Pengerusi PH Melaka itu kembali bertanding di DUN Bukit Katil, manakala Farzana Hayani Mohd Nasir turut diketengahkan di DUN Klebang.
  • Pada PRN Melaka 2021, PH hanya memenangi lima daripada 28 kerusi yang ditandingi, sedangkan BN mendominasi dengan 21 kerusi.

Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan seramai 21 calon daripada tiga parti komponennya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, berbanding 28 calon yang ditampilkan pada pilihan raya negeri 2021.

Menurut laporan Berita Harian, senarai calon itu diketuai Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil.

IKLAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan senarai berkenaan dengan pembahagian kerusi melibatkan PKR di sembilan kawasan, DAP di tujuh kawasan dan Amanah di lima kawasan.

Datuk Azman Abidin antara nama yang jadi tumpuan

azman abidin

Antara calon yang diketengahkan ialah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin, yang bertanding di DUN Paya Rumput.

Turut mencuri perhatian ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tangga Batu, Farzana Hayani Mohd Nasir, yang bakal bertanding di DUN Klebang.

Selain itu, Ketua Penerangan Wanita PKR Pusat, Datuk Ginie Lim Siew Lin, sekali lagi diberi kepercayaan untuk bertanding di DUN Machap Jaya.

Prestasi PH pada PRN Melaka 2021

pakatan harapan

Pada PRN Melaka 2021, PH bertanding di kesemua 28 kerusi DUN menerusi PKR yang meletakkan 11 calon, Amanah dengan sembilan calon dan DAP sebanyak lapan calon.

Bagaimanapun, gabungan itu hanya memenangi lima kerusi. DAP memperoleh empat kerusi, manakala Amanah memenangi satu kerusi. PKR pula gagal memenangi sebarang kerusi.

Barisan Nasional (BN) mendominasi pilihan raya berkenaan dengan kemenangan 21 kerusi, sementara Perikatan Nasional (PN) memperoleh dua kerusi.

Senarai penuh 21 calon PH di PRN Melaka

prn melaka

PKR – 9 Kerusi

  1. Kuala Linggi – Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah
  2. Tanjung Bidara – Mohd Yunazri Mustamiri
  3. Rembia – Mohd Khuzairie Mohd Kamal Kannan
  4. Machap Jaya – Datuk Ginie Lim Siew Lin
  5. Paya Rumput – Datuk Azman Abidin
  6. Klebang – Farzana Hayani Mohd Nasir
  7. Ayer Molek – Muhammad Hakimin Mokhtar
  8. Rim – Esma Eazreen Husin

DAP – 7 Kerusi

  1. Pengkalan Batu – Jason Tze-Xi Nathan
  2. Ayer Keroh – Kerk Chee Yee
  3. Kesidang – Seah Shoo Chin
  4. Kota Laksamana – Low Chee Leong
  5. Duyong – Poo Long Suan
  6. Bandar Hilir – Leng Chau Yen
  7. Gadek – Jegasilan K

Amanah – 5 Kerusi

  1. Bukit Katil – Adly Zahari
  2. Durian Tunggal – Datuk Ashraf Mukhlis Minghat
  3. Telok Mas – Kapten (B) Mohamad Jaafar
  4. Serkam – Muhammad Faiq Azman
  5. Merlimau – Rahayu Hamzah

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas