Connect with us

Oh! Media

OPPO Find X10 Series Dilancarkan, Kamera Triple 200MP Pertama Di Dunia, Dengan Hasil Gambar True To Life

ohmedia fi lalamove 61

Branded

OPPO Find X10 Series Dilancarkan, Kamera Triple 200MP Pertama Di Dunia, Dengan Hasil Gambar True To Life

Artikel Tajaan · Apa maksudnya?

Kalau korang jenis suka ambil gambar makanan, travel, OOTD atau rakam video untuk media sosial, kualiti kamera memang antara perkara penting sebelum memilih smartphone baru.

Tapi sekarang, kamera smartphone bukan sekadar tentang berapa tinggi megapiksel yang ditawarkan je tau. 

Warna yang nampak natural, perincian yang jelas dalam pelbagai pencahayaan dan keupayaan merakam video dengan lebih profesional juga penting.

Sebab itulah OPPO Find X10 Series hadir dengan fokus yang menarik. Terutamanya dari segi teknologi pengimejan untuk menghasilkan gambar dan video dengan warna lebih tepat serta perincian yang mengagumkan.

Lebih menarik, model tertinggi dalam siri ini, OPPO Find X10 Pro Max, memperkenalkan sistem kamera Triple 200MP yang dibangunkan bersama Hasselblad. 

Bagi korang yang memang mementingkan pengalaman fotografi menggunakan smartphone, inilah antara perkara utama yang wajar diberi perhatian.

Triple 200MP, Bukan Kamera Utama Sahaja Yang Jadi Tumpuan

oppo find x 10

Antara tarikan terbesar OPPO Find X10 Pro Max ialah sistem Triple 200MP Camera System yang dibangunkan bersama Hasselblad, yang menurut OPPO merupakan yang pertama seumpamanya dalam industri.

Apa yang membuatkan sistem ini menarik ialah penggunaan kamera beresolusi 200MP pada tiga sudut penggambaran berbeza, iaitu kamera utama, ultra-wide dan telephoto.

Jadi, korang boleh meneroka pelbagai jenis komposisi gambar tanpa perlu bergantung pada satu kamera sahaja.

Kamera Utama 200MP Ultra HDR

oppo find x 10

Untuk gambar harian, kamera utama 200MP Ultra HDR direka bagi menghasilkan imej dengan perincian yang jelas dan warna yang lebih menyerupai keadaan sebenar.

Sama ada korang nak tangkap gambar makanan, potret kawan atau suasana ketika bercuti, sistem pengimejan ini beri tumpuan kepada keseimbangan warna dan perincian supaya hasil gambar nampak lebih semulajadi.

Kamera Ultra-Wide 200MP, Lebih Banyak Boleh Masuk Dalam Frame

Pernah tak korang nak ambil gambar bangunan tinggi, pemandangan luas atau gambar ramai-ramai, tetapi ruang dalam frame terasa terlalu kecil atau sempit?

Di sinilah kamera 200MP Ultra-Sensing Ultra-Wide memainkan peranan.

OPPO Find X10 Pro Max dilengkapi kamera ultra-wide 200MP dengan sensor bersaiz 1/1.56 inci dan sudut pandangan 124 darjah. 

OPPO turut menyifatkannya sebagai kamera ultra-wide dengan sensor terbesar dalam kategorinya.

Menurut OPPO, sensor ini mampu menerima cahaya dua kali ganda berbanding generasi sebelumnya, membantu menghasilkan gambar yang lebih bersih dalam keadaan kurang cahaya, termasuk ketika merakam suasana malam.

Bagi korang yang suka fotografi travel, kemampuan ultra-wide ini boleh membantu menangkap lebih banyak elemen dalam satu gambar, daripada pemandangan alam semula jadi hinggalah seni bina di bandar.

Kamera Telephoto 200MP Dengan 3x Optical Zoom

oppo find x 10

Nak ambil gambar subjek yang berada sedikit jauh tanpa perlu bergerak menghampiri? Kamera 200MP Ultra-Sensing Telephoto dengan 3x optical zoom melengkapkan sistem kamera utama model Pro Max ini.

Kamera telephoto berguna untuk pelbagai situasi, termasuk merakam perincian seni bina, suasana jalanan atau potret dengan komposisi yang berbeza.

Gabungan tiga kamera 200MP ini turut memberi penekanan kepada konsistensi imej merentasi focal length, supaya peralihan antara sudut penggambaran tidak mengorbankan karakter warna yang menjadi fokus sistem kamera tersebut.

True Color Camera Untuk Warna Lebih Tepat

Selain resolusi tinggi, OPPO Find X10 Pro Max turut dilengkapi True Color Camera khusus yang membantu membaca warna lebih tepat.

Tujuannya adalah untuk memastikan warna yang dirakam lebih hampir dengan apa yang korang lihat dengan mata sendiri.

Ini penting kerana gambar yang cantik bukan semestinya gambar yang terlalu terang atau mempunyai warna yang keterlaluan.

LUMO True Color Imaging, Warna Kekal Natural 

Selain sistem Triple 200MP pada model Pro Max, OPPO Find X10 Pro Max dan OPPO Find X10 turut dilengkapi LUMO True Color Imaging bersama LUMO True Image Engine.

Teknologi ini memberi fokus kepada penghasilan perincian semula jadi, warna yang tepat dan tona yang lebih menyerupai keadaan sebenar terus daripada kamera.

Antara perkara yang diberi perhatian ialah cara kamera mengendalikan warna kulit, pencahayaan dan solekan supaya hasil gambar tidak kelihatan terlalu cerah atau washed out.

Untuk korang yang suka mengambil gambar potret, selfie atau OOTD, pendekatan ini boleh membantu mengekalkan penampilan yang lebih natural tanpa terlalu bergantung pada hasil pemprosesan imej yang nampak berlebihan.

Ringkasnya, matlamatnya bukan sekadar menghasilkan gambar yang nampak cantik pada skrin, tetapi gambar yang masih mengekalkan karakter sebenar subjek dan suasana.

Smartphone Ini Juga Fokus Pada Rakaman Video Profesional

Kalau korang bukan sekadar mengambil gambar, tetapi turut menghasilkan video untuk TikTok, Instagram Reels atau YouTube, OPPO Find X10 Series turut membawa beberapa ciri yang menarik untuk diterokai.

Dynamic Range 17-Stop Untuk Rakaman Lebih Sinematik

Khusus untuk OPPO Find X10 Pro Max, ciri Cine-grade 17-stop Ultra-High Dynamic Range menggunakan teknologi sensor DeepPix generasi baharu untuk membantu mengekalkan tekstur pada bahagian terang dan gelap dalam sesuatu babak.

Secara mudah, rakaman yang mempunyai perbezaan pencahayaan ketara boleh mendapat manfaat daripada keupayaan ini, contohnya ketika merakam seseorang di hadapan tingkap yang terang atau suasana bandar pada waktu senja.

Dengan lebih banyak maklumat cahaya dan bayang yang dapat dikekalkan, hasil video boleh kelihatan lebih seimbang dan mempunyai karakter sinematik.

OpenGate Capture, Satu Rakaman Untuk Pelbagai Platform

Satu lagi ciri yang tersedia pada Find X10 Pro Max dan Find X10 ialah OpenGate Capture.

Ciri ini membolehkan rakaman menggunakan keseluruhan bingkai sensor dalam nisbah 4:3. Rakaman yang sama kemudiannya boleh dipotong kepada format mendatar atau menegak mengikut platform yang ingin digunakan.

Ini berguna untuk content creator yang perlu menghasilkan video bagi beberapa platform berbeza, tanpa semestinya merakam semula babak yang sama untuk setiap format.

Sokongan Blackmagic Camera App

Bagi pengguna yang mahukan kawalan rakaman lebih terperinci, kedua-dua model turut menyokong Blackmagic Camera App.

Aplikasi ini menyediakan kawalan seperti frame rate, shutter angle, ISO, histogram dan audio meter, selain sokongan native Dolby Vision O-Log2 seperti yang dinyatakan dalam maklumat pelancaran.

Dengan pilihan kawalan ini, pengguna boleh menyesuaikan tetapan rakaman mengikut keperluan produksi masing-masing.

Dari segi resolusi pula, OPPO Find X10 Pro Max dan Find X10 menyokong rakaman video sehingga 8K pada 30fps atau 4K pada 120fps dengan Dolby Vision, memberikan lebih banyak pilihan untuk menghasilkan kandungan video beresolusi tinggi atau rakaman gerak perlahan.

Nak Ambil Gambar Jauh Ketika Travel? Cuba Hasselblad Teleconverter Kit

Bagi korang yang suka travel dan merakam subjek dari jarak jauh, OPPO turut memperkenalkan OPPO Hasselblad Teleconverter Kit untuk Find X10 Pro Max dan Find X10.

Aksesori ini direka untuk memanjangkan keupayaan zoom asal sehingga 20x lossless reach, menurut maklumat OPPO.

Ia boleh menjadi pelengkap untuk merakam mercu tanda yang jauh, hidupan liar atau suasana jalanan tanpa perlu sentiasa mendekati subjek.

Bayangkan ketika bercuti, korang nampak bangunan ikonik dari kejauhan atau mahu menangkap suasana di seberang jalan. Dengan aksesori ini, pilihan komposisi gambar boleh menjadi lebih luas.

Prestasi, AI Dan Bateri Besar Untuk Kegunaan Harian

Walaupun kamera menjadi fokus utama, pengalaman menggunakan smartphone turut bergantung pada prestasi dan kelancaran sistem.

oppo find x 10

OPPO Find X10 Pro Max dilengkapi cip MediaTek Dimensity 9600 Pro, yang menurut OPPO merupakan cip 2nm pertama MediaTek. Ia dipadankan dengan ColorOS 17 dan penjadualan sistem untuk membantu meningkatkan prestasi CPU, GPU serta NPU.

ColorOS 17 turut memperkenalkan Living Flow Design dengan peralihan antara paparan yang lebih lancar serta pelancaran aplikasi yang lebih stabil. 

OPPO juga menyatakan sistem ini direka untuk mengekalkan kelancaran seperti peranti baharu sehingga enam tahun penggunaan.

Antara ciri AI baharu yang diperkenalkan ialah AI Mind Pilot dengan Agent Mode dan AI Photo Agent, yang membolehkan pengguna melakukan suntingan gambar menggunakan arahan teks.

Style Match pula membolehkan pengguna menggunakan look and feel yang sama berdasarkan foto rujukan yang diberikan. Jadi tak perlu lagi sunting gambar satu persatu untuk hasilkan estetika yang sama. Sangat memudahkan kerja suntingan.

oppo find x 10

Dari segi bateri, siri ini dilengkapi bateri berkapasiti 8,000mAh, yang dinyatakan sebagai bateri terbesar dalam telefon Find setakat ini. Ia turut menyokong pengecasan 80W SUPERVOOC Flash Charge dan 50W Wireless Flash Charge.

Menurut maklumat yang diberikan, pengecasan penuh mengambil masa sekitar 92 minit melalui kabel dan 115 minit secara tanpa wayar. Masa sebenar boleh berbeza mengikut keadaan penggunaan dan persekitaran pengecasan.

Harga OPPO Find X10 Series Dan Ganjaran Pre-Order

oppo find x 10

Untuk harga, OPPO Find X10 Series dijual bermula harga RM4,599 untuk varian  12GB RAM + 256GB ROM.

Manakala RM4,999 bagi varian 12GB RAM + 512GB ROM yang didatangkan dengan upgred storage percuma.

Bagi OPPO Find X10 Pro Max (16GB RAM + 512GB ROM) pula dijual pada harga RM6,999.

oppo find x 10

Bagi korang yang berminat, tempahan awal dibuka sehingga 29 Oktober 2026, dengan ganjaran pelancaran eksklusif bernilai sehingga RM4,771, termasuk:

-Freebies eksklusif

-Rebat tambahan trade-in sehingga RM800

-Pilihan SPayLater dan ansuran kad kredit

-PWP OPPO Care Protection Plan

-Baucar aplikasi My OPPO dan keistimewaan Masterclass

Kalau korang sedang mencari smartphone yang memberi perhatian besar kepada fotografi, warna yang lebih natural dan rakaman video dengan kawalan lebih profesional, OPPO Find X10 Series mungkin berbaloi untuk dimasukkan dalam senarai pilihan.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan awal, korang boleh layari pautan rasmi berikut:

OPPO Find X10: https://www.oppo.com/my/product/oppo-find-x10.P.P1101242?utm_source=Branding&utm_medium=PR&utm_campaign=Find+X10+New+Launch

OPPO Find X10 Pro Max: https://www.oppo.com/my/product/oppo-find-x10-pro-max.P.P1101241?utm_source=Branding&utm_medium=PR&utm_campaign=Find+X10+Pro+Max+New+Launch

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Muhamad Faris
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas