Connect with us

Oh! Media

Galakkan Gaya Hidup Aktif, The Social Serve Kidsnergy Bina Generasi Sihat Dan Penuh Potensi

Branded

Galakkan Gaya Hidup Aktif, The Social Serve Kidsnergy Bina Generasi Sihat Dan Penuh Potensi

Bila anak dah biasa dengan gajet, nak ajak keluar buat aktiviti sukan pun kadang-kadang kena pujuk. 

Sebab itu platform macam Kidsnergy boleh jadi ruang untuk anak-anak bergerak sambil berseronok.

Kalau nak tahu, Kidsnergy adalah penjenamaan semula Kidslympic pada 2026. Nama ini menggabungkan “Kids” dan “Synergy”, fokus lebih kepada sukan, kecergasan, pendidikan, kepimpinan dan penglibatan komuniti.

Diasaskan bekas atlet Sukan Olimpik

Kidsnergy ini diasaskan oleh Goh Liu Ying, bekas atlet negara ke Sukan Olimpik yang percaya pendedahan awal kepada sukan boleh membantu membentuk disiplin, ketahanan diri dan karakter kanak-kanak.

Lebih penting, Great Eastern Takaful Berhad (GETB) berbesar hati membawakan edisi tahun ini. Dapatkan lebih info berkenaan GETB di SINI.

Rangkuman program

Program ini merangkumi beberapa peringkat sebelum menjadi asas untuk program jangka masa panjang.

Peringkat pertama bermula dengan workshop berstruktur 4 minggu yang diselia oleh jurulatih berkaliber dari Sports Empire. Peserta turut mengikuti FinLit workshop yang penuh dengan fun and easy games untuk mempelajari asas literasi kewangan yang dikendalikan oleh wakil Great Eastern Takaful menerusi program Great Eastern Juniors.

Kemudian, The Social Serve Kidsnergy Pickleball Tournament akan mengambil tempat pada Oktober depan.

Berikutnya, dalam masa 6 bulan, peserta terpilih akan dilatih oleh jurulatih Sports Empire sebelum mencari peluang melangkah ke kejohanan berikutnya dalam misi membawa nama negara di masa depan.

Turut tekankan kepentingan literasi kewangan

Selain kesihatan tubuh badan anak-anak, program ini juga bermatlamat memupuk kesedaran mengenai literasi kewangan untuk generasi muda.

The Social Serve Kidsnergy yang dikuasakan oleh GETB, komited untuk memperkasakan rakyat Malaysia mencapai kesejahteraan hidup yang lebih baik melalui perlindungan dan perancangan kewangan yang lebih mampan.

Dengan penyelesaian takaful yang komprehensif dan relevan, mereka dapat memperoleh perlindungan yang memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan.Great Eastern Juniors pula merupakan inisiatif GETB yang memberi fokus kepada golongan muda, khususnya dalam meningkatkan literasi kewangan serta memperkenalkan inisiatif yang boleh membantu meningkatkan kualiti hidup mereka.

Sebagai jenama yang dipercayai dengan pengalaman luas dalam industri, GETB menawarkan pelbagai penyelesaian Takaful dengan perlindungan patuh Syariah, selain komited membantu pelanggan menghadapi keperluan kewangan pada setiap peringkat kehidupan.

Menerusi Great Eastern Juniors Initiative GETB turut berusaha menjadikan ilmu dan literasi kewangan lebih mudah difahami, dekat dengan golongan muda serta relevan dengan kehidupan seharian mereka. 

Kategori yang dipertandingkan

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa kategori yang bakal dipertandingkan. Adakah hanya untuk kanak-kanak atau terbuka untuk dewasa?

Jawapannya ya, Kidsnergy juga memberi peluang kepada ibu bapa beregu dengan anak masing-masing bersatu hati dalam satu gelanggang pickleball.

Berikut adalah kategori dipertandingkan:

Kategori Terbuka

Ibu/bapa + anak

Pertengahan

-Beregu Lelaki 

-Beregu Wanita 

-Beregu Campuran 

Novice

-Beregu Lelaki 

-Beregu Wanita 

-Beregu Campuran

Kategori Remaja 

-B8

-B10

-B12 

-B14 

-B16 

-B18 

The Social Serve Kidsnergy Pickleball Tournament dijadualkan berlangsung tidak lama lagi, butiran seperti berikut:

Kalau anak-anak korang memang jenis tak boleh duduk diam, suka berlari atau baru nak mula aktif dalam sukan, mungkin sudah tiba masa untuk beri mereka peluang mencuba sesuatu yang baru.

Untuk pendaftaran pemain dan keluarga, cepat mendaftar untuk slot terhad di SINI.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Muhamad Faris
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas