Connect with us

Oh! Media

Lawatan Anwar Ibrahim Ke China Buka Ruang Baharu, Potensi Pelaburan Lebih RM28 Bilion

Ohmedia anwar Ibrahim

Trending

Lawatan Anwar Ibrahim Ke China Buka Ruang Baharu, Potensi Pelaburan Lebih RM28 Bilion

Lawatan Anwar Ibrahim ke China membuahkan hasil dalam pelaburan, perdagangan, teknologi dan kerjasama Malaysia-China.

Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Shanghai dan Hangzhou baru-baru ini membuka ruang kepada Malaysia untuk meneroka lebih banyak peluang dalam pelaburan, perdagangan, teknologi dan pembangunan kemahiran.

Menurut laporan Harian Metro, lawatan selama tiga hari itu turut melibatkan penyertaan Malaysia dalam WorldSkills Shanghai 2026 serta Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE) di Hangzhou. 

Menurut Anwar, hasil lawatan berkenaan amat bermakna dalam usaha memanfaatkan potensi pelaburan dan kerjasama perdagangan antara Malaysia dengan China.

IKLAN

Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi pelaburan dan kerjasama perdagangan yang bakal mengalirkan limpahan manfaat serta kemakmuran bersama buat rakyat Malaysia dan China.

Potensi pelaburan lebih RM28 Bilion

Ohmedia anwar ibrahim

Sepanjang lawatan itu, Malaysia turut meraih potensi pelaburan bernilai lebih RM28 bilion hasil perbincangan bersama syarikat industri China.

Potensi tersebut melibatkan sektor strategik seperti semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), robotik, kenderaan elektrik (EV), bioteknologi dan peranti perubatan termaju. 

Dalam masa sama, Anwar menegaskan perkembangan AI dan teknologi perlu bergerak seiring dengan nilai kemanusiaan.

Dalam mengejar perkembangan AI dan kemajuan teknologi, pasak keinsanan dan nilai tidak boleh diketepikan.

Beliau turut menekankan kepentingan dialog dan kerjasama ketika dunia berdepan persaingan global serta ketidaktentuan.

Di tengah-tengah persaingan global yang mencetuskan ketidaktentuan, kita harus melangkah ke hadapan menerusi dialog dan kerjasama demi membina dunia yang lebih adil dan saksama.

Anwar Ibrahim tegaskan hubungan Malaysia-China terus diperkukuh

Anwar Ibrahim

Anwar berkata hubungan diplomatik Malaysia-China kini berada pada tahap yang tinggi dan momentum tersebut perlu dimanfaatkan untuk meneroka peluang serta kerjasama baharu.

Penyertaan Malaysia dalam WorldSkills dan GDTE turut dilihat membuka ruang kepada kerjasama dalam bidang kemahiran, ekonomi digital, teknologi dan AI. 

Malaysia dan China harus memanfaatkan momentum persahabatan ini untuk terus meneroka peluang dan merintis kerjasama baharu yang lebih gemilang.

Anwar turut menyatakan komitmen untuk meneruskan Jelajah Diplomasi MADANI demi kepentingan Malaysia.

Nota Oh! Media:
Hubungan antarabangsa bukan sekadar soal diplomasi, tetapi turut melibatkan peluang ekonomi, teknologi, kemahiran dan masa depan rakyat. Apa yang penting, setiap kerjasama perlu membawa manfaat dan dilaksanakan dengan mengambil kira kepentingan negara serta nilai kemanusiaan.

Sumber: Harian Metro
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas