Connect with us

Oh! Media

HONOR X9e Pro Dengan Bateri 11,000mAh Bakal Buat Korang Lupa Powerbank? Ini 5 Perkara Yang Menonjol

Ohmedia honor Cover

Branded

HONOR X9e Pro Dengan Bateri 11,000mAh Bakal Buat Korang Lupa Powerbank? Ini 5 Perkara Yang Menonjol

Kalau setiap kali keluar rumah korang masih rasa perlu bawa powerbank sebab takut bateri telefon habis tengah hari, mungkin HONOR X9e Pro ada jawapan untuk masalah tu.

Bukan sekadar hadir dengan bateri besar, telefon pintar terbaharu HONOR ini bakal tampil dengan kapasiti 11,000mAh, selain membawa beberapa ciri ketahanan yang agak luar biasa untuk sebuah telefon pintar.

Malah, HONOR X9e Pro dikatakan merangkul lima gelaran industri pertama termasuk kapasiti bateri terbesar, ketahanan paling kukuh, ketahanan air terbaik dan kecerahan skrin tertinggi.

Apa yang menarik tentang HONOR X9e Pro ni? 

1. Bateri 11,000mAh, Powerbank Pun Boleh Tinggal Di Rumah?

Ini memang ciri yang paling mencuri perhatian.

HONOR X9e Pro hadir dengan bateri berkapasiti 11,000mAh, yang menurut data ujian makmal rasmi HONOR mampu memainkan video sehingga 66.8 jam, muzik sehingga 164.5 jam dan video pendek sehingga 35.6 jam secara berterusan.

Maksudnya, kalau penggunaan korang lebih kepada scroll media sosial, tengok video, dengar muzik dan buat kerja harian, kapasiti sebesar ini memang direka untuk mengurangkan kebergantungan kepada pengecas sepanjang hari.

Lebih menarik, bateri ini turut menyokong pengecasan berwayar 80W serta reverse charging 27W.

Jadi kalau telefon kawan dah nazak ketika tengah jalan, HONOR X9e Pro boleh digunakan untuk mengecas peranti lain termasuk earbuds atau telefon lain. Bateri tersebut juga dikatakan mampu beroperasi pada suhu antara -20°C hingga 50°C, dengan jangka hayat rasmi sehingga enam tahun.

2. Telefon Jatuh Pun Tak Buat Jantung Berhenti!

Kita semua pernah melalui detik telefon terlepas dari tangan dan sebelum telefon sampai ke lantai, jantung dah berdegup laju dulu.

Untuk X9e Pro, HONOR memberi perhatian khusus kepada aspek ketahanan.

Reka bentuk rangkanya mengambil inspirasi daripada crash beam kereta lumba, dengan struktur yang direka untuk mengagihkan daya hentaman ke seluruh badan telefon bagi membantu melindungi komponen utama.

HONOR turut menggunakan teknologi full-surface adhesive bonding di antara skrin dan rangka bagi membantu menyerap serta mengagihkan hentaman.

Yang paling menarik, dalam demonstrasi media, skrin HONOR X9e Pro turut dikenakan tembakan peluru getah menggunakan pistol udara dan masih berfungsi seperti biasa selepas beberapa tembakan.

Telefon ini juga diuji melalui kejatuhan pada 10 jenis permukaan dan lapan sudut badan telefon, termasuk jubin, marmar, granit, jalan berturap serta jalan berbatu.

Hasilnya, X9e Pro memperoleh SGS Premium Performance Certification of Drop & Crush Resistance.

3. Terjatuh Dalam Air Pun Masih OKAY Je

Selain tahan hentakan, HONOR X9e Pro turut datang dengan tiga pensijilan ketahanan air iaitu IP68, IP69 dan IP69K.

Telefon ini mempunyai ketahanan air sehingga kedalaman 10 meter dan direka untuk bertahan sehingga 100,000 kitaran kemasukan air.

Ia juga menjalani ujian semburan garam selama 24 jam, yang memberikan sedikit gambaran tentang tahap perlindungan telefon terhadap persekitaran yang lembap atau mudah menyebabkan kakisan.

Struktur ketahanan air X9e Pro pula diinspirasikan daripada reka bentuk kapal selam, dengan beberapa lapisan perlindungan dan sistem pengedapan untuk membantu menghalang air daripada sampai ke komponen utama.

Jadi, kalau jenis yang selalu bawa telefon ke pantai, kawasan berair atau cuaca hujan, aspek ketahanan ini memang antara perkara yang menarik untuk diperhatikan.

4. Skrin 10,000 Nit Untuk Lawan Panas Terik Malaysia

Satu lagi angka yang agak besar ialah 10,000 nit.

HONOR X9e Pro mencapai kecerahan puncak sehingga 10,000 nit, iaitu peningkatan 67% berbanding generasi sebelumnya menurut HONOR.

Untuk pengguna Malaysia yang memang sudah biasa dengan cuaca panas terik, kecerahan tinggi boleh membantu memastikan kandungan pada skrin lebih mudah dilihat apabila berada di luar.

HONOR turut mendakwa struktur skrin baharu ini lebih stabil dan membantu mengurangkan risiko burn-in.

5. Siri HONOR X Dah Empat Generasi Jadi Pilihan Ramai Di Malaysia

Selain spesifikasi, HONOR turut membawa rekod siri X sebagai salah satu kekuatan X9e Pro.

Menurut data yang dikongsikan HONOR, siri HONOR X menjadi siri telefon pintar pertengahan paling laris di Malaysia selama empat generasi berturut-turut.

Siri tersebut juga dikatakan mengekalkan kedudukan No.1 di pasaran selama 37 bulan berturut-turut dari Februari 2023 hingga Mac 2026, dengan bahagian pasaran mencecah 77% pada suku keempat 2025.

Di peringkat global pula, siri HONOR X telah mencatatkan lebih 130 juta pengguna terkumpul.

HONOR X9e Pro Akan Dilancarkan 24 September Ini

Dengan bateri 11,000mAh sebagai tarikan utama serta beberapa ciri ketahanan yang agak agresif, HONOR X9e Pro nampaknya mahu menjadikan isu bateri dan ketahanan telefon sebagai perkara yang kurang perlu dirisaukan pengguna.

Persoalannya sekarang, berapa harga yang HONOR bakal letakkan untuk telefon dengan spesifikasi macam ni?

Jawapannya akan diketahui apabila HONOR X9e Pro dilancarkan secara rasmi pada 24 September 2026. Stay tuned okay!

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas