Connect with us

Oh! Media

Hari Malaysia Kali Ini Diselubungi Jerebu, 41 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat

Ohmedia jerebu

Trending

Hari Malaysia Kali Ini Diselubungi Jerebu, 41 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat

IPU pagi ini mencecah 187 di Johan Setia, Selangor dengan 41 kawasan merekodkan tahap tidak sihat. Semak kawasan yang terjejas.

Kualiti udara yang kelihatan dilanda jerebu di beberapa negeri pagi ini semakin membimbangkan apabila sebanyak 41 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100, sekali gus berada pada tahap tidak sihat.

Menurut laporan Kosmo, berdasarkan data Sistem Pengurusan Kualiti Alam Sekitar (MyEQMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat pukul 9.54 pagi, Johan Setia, Selangor merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 187.

Cheras, Nilai dan Putrajaya catat bacaan tinggi

Jerebu

Selain Johan Setia, beberapa kawasan lain turut mencatatkan bacaan IPU yang tinggi.

IKLAN

Cheras, Kuala Lumpur merekodkan bacaan 179, diikuti Nilai, Negeri Sembilan (177) dan Putrajaya (176).

Sementara itu, Shah Alam dan Seremban masing-masing mencatatkan bacaan 175.

Batu Muda, Kuala Lumpur pula merekodkan IPU 172, diikuti Petaling Jaya (169), Klang (167), manakala Minden, Seri Manjung dan Banting masing-masing mencatatkan bacaan 166.

Banyak kawasan lain turut jerebu

Jerebu

Antara kawasan lain yang merekodkan bacaan tinggi ialah Balik Pulau, Tanjung Malim, Kuala Selangor, Bukit Rambai dan Kuala Terengganu dengan bacaan masing-masing 164.

Seberang Jaya, Tasek Ipoh dan Jerantut pula mencatatkan 162, manakala Seberang Perai, Port Dickson dan Alor Gajah masing-masing merekodkan 160.

Taiping dan Tangkak mencatatkan 159, Sungai Petani serta Indera Mahkota Kuantan (157), Kulim Hi-Tech (155), manakala Balok Baru Kuantan dan Kemaman masing-masing merekodkan 154.

Bandaraya Melaka pula mencatatkan 153, diikuti Pasir Gudang dan Tanah Merah (152), serta Batu Pahat dan Paka, Terengganu (151).

Tiga lagi kawasan berada pada tahap tidak sihat ialah Pegoh Ipoh dengan bacaan 143, Kluang (125), selain Alor Setar dan Rompin masing-masing 119 serta Segamat (107).

Dalam pada itu, sebanyak 22 kawasan lagi berada pada tahap sederhana, dengan bacaan IPU antara 51 hingga 100.

Untuk rujukan, bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Nota Oh! Media:
Kalau kawasan korang sedang mencatatkan IPU tidak sihat, kurangkan aktiviti luar terutama jika tidak diperlukan. Pastikan keadaan udara semasa dipantau dan jaga kesihatan diri serta keluarga.

Sumber: Kosmo
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas