Connect with us

Oh! Media

8.5 Juta Pekerja Kekal Sertai LINDUNG 24 Jam, PERKESO Terima 6,330 Tuntutan

Perkeso

Oh! Negara

8.5 Juta Pekerja Kekal Sertai LINDUNG 24 Jam, PERKESO Terima 6,330 Tuntutan

8.5 juta pekerja kekal dalam LINDUNG 24 Jam, dengan PERKESO menerima 6,330 tuntutan dalam tiga bulan pertama.

Risiko kemalangan bukan hanya berlaku ketika seseorang sedang bekerja. Selepas tamat waktu kerja pun, perkara tidak dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa.

Atas kesedaran itu, seramai 8.5 juta atau 87.6 peratus pekerja memilih untuk kekal menyertai Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja atau LINDUNG 24 Jam bagi mendapatkan perlindungan keselamatan sosial di luar waktu bekerja.

67 peratus masa pekerja di luar waktu kerja

46452

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, LINDUNG 24 Jam yang diperkenalkan pada 1 Jun 2026 bertujuan melindungi pekerja sekiranya mengalami kemalangan yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.

IKLAN

Menurutnya, pekerja sektor formal secara purata hanya menggunakan sekitar 33 peratus masa dalam setahun untuk bekerja termasuk perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja.

Ini bermakna baki 67 peratus atau kira-kira 244 hari dalam setahun, mereka tidak dilindungi sekiranya kemalangan berlaku di luar waktu bekerja, sedangkan dalam tempoh itu seseorang masih kekal sebagai pekerja yang mempunyai tanggungjawab terhadap diri dan keluarga.- Katanya.

Pekerja gaji bawah RM3,500 paling ramai opt-out

Pekerja Proton

Dalam masa sama, 52 peratus pekerja bergaji bawah RM3,500 dikenal pasti sebagai kumpulan terbesar yang memilih untuk tidak menyertai LINDUNG 24 Jam.

Keadaan itu disifatkan membimbangkan kerana menurut data Bank Negara Malaysia (BNM) 2024, hanya 45.5 peratus rakyat Malaysia mempunyai insurans hayat, manakala kadar penyertaan dalam kalangan kumpulan B40 sekitar empat peratus.

Majoriti pekerja yang memilih untuk tidak menyertai skim itu pula berada di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu sebanyak 53 peratus, diikuti Johor 11 peratus serta Pulau Pinang sembilan peratus.

Lebih RM9 juta faedah dibayar dalam tiga bulan

46453

Pelaksanaan skim berkenaan mula menunjukkan kesannya apabila sebanyak 6,330 tuntutan diterima PERKESO sepanjang tempoh 1 Jun hingga 31 Ogos 2026.

Jumlah itu bersamaan purata kira-kira 69 tuntutan sehari, manakala keseluruhan bayaran faedah yang telah disalurkan mencecah RM9.97 juta.

“Bayaran berkenaan merangkumi pelbagai faedah termasuk Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Kekal, bayaran Ganti belanja perubatan, Faedah Pengurusan Mayat, Faedah Orang Tanggungan serta alat pemulihan dan implan,” katanya.

Malah, terdapat juga kes pekerja yang sebelum ini memilih untuk keluar daripada skim tetapi cuba mengemukakan tuntutan selepas mengalami kemalangan di luar waktu bekerja.

Boleh sertai semula pada bila-bila masa

Ohmedia perkeso rxz members

Bermula 2 September lalu, pekerja yang sebelum ini memilih untuk tidak menyertai skim berkenaan boleh kembali mencarum secara dalam talian menerusi lindungfaedah.perkeso.gov.my tanpa sebarang had tempoh.

Pekerja yang memilih untuk terus berada dalam skim pula akan kekal dilindungi selagi memenuhi syarat di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), selaras dengan prinsip ‘Once In, Always In’.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas