Oh! Negara
SPRM Henti Baju Oren Untuk OKS Ke Mahkamah Selepas Kenyataan PMX
SPRM menggantung pemakaian baju oren bagi OKS yang dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman.
Selepas sekian lama sinonim dengan imej baju oren ketika prosiding reman, penampilan orang kena siasat (OKS) SPRM di mahkamah kini berubah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, perubahan itu dibuat susulan perkembangan terkini serta saranan semasa berkaitan tatacara pengendalian OKS.
OKS dibenarkan memakai pakaian biasa ketika dibawa ke mahkamah, manakala pemakaian baju lokap hanya terpakai sepanjang tempoh OKS berada dalam tahanan di lokap.- Katanya.
Kawalan keselamatan tetap dijaga

Bagi penggunaan gari pula, ia bergantung kepada keadaan tertentu. Pengecualian diberikan kepada OKS yang uzur, orang kurang upaya, kanak-kanak serta warga emas.
SPRM kekal komited memastikan setiap tindakan yang diambil dalam pengendalian OKS, dilaksanakan secara profesional, berintegriti, berhemah dan selaras peruntukan undang-undang serta prosedur yang ditetapkan.- Katanya.

Perkara itu turut menyusul selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata individu yang ditahan SPRM tidak lagi perlu memakai baju oren ketika dibawa ke mahkamah bagi prosiding reman.
