Oh! Artis
Pelakon Indonesia Puji Ayam Gepuk Malaysia Lebih Sedap, Kagum Pengangkutan Awam Di Kuala Lumpur
Asmara Abigail puji ayam gepuk Malaysia lebih sedap selain menganggap negara ini sebagai rumah keduanya.
Siapa sangka makanan yang berasal dari Indonesia boleh membuatkan pelakon dari negara itu sendiri lebih terpikat dengan versi di Malaysia.
Itulah pengakuan Asmara Abigail apabila memilih ayam gepuk sebagai antara makanan yang mencuri hatinya sepanjang berada di sini.
Dua bulan tinggal di Malaysia untuk shooting filem

Lapor Kosmo!, pelakon berusia 34 tahun itu kini menetap sementara di Malaysia selama dua bulan untuk menjalani penggambaran sebuah filem.
Dalam tempoh tersebut, Asmara bukan sahaja semakin selesa dengan kehidupan di sini, malah menganggap Malaysia sebagai rumah keduanya.
Ayam gepuk Malaysia jadi pilihan Asmara Abigail

Bila ditanya tentang makanan kegemarannya, pelakon Pengabdi Setan itu tanpa berselindung memberikan pujian kepada ayam gepuk yang dijual di Malaysia.
Bukan makanan sahaja yang membuatkan Asmara senang berada di negara ini. Suasana Kuala Lumpur dan kemudahan yang tersedia turut memberikan pengalaman positif kepadanya.
Sebagai seorang yang datang dari Jakarta, hal-hal sebegini yang membuatkan saya berharap agar kerajaan kami melakukan perkara yang sama untuk negara kami. Saya sayang Malaysia.
Sebagai individu yang berasal dari Jakarta, Asmara begitu menghargai kemudahan untuk bergerak di sekitar ibu kota terutama dengan adanya pilihan pengangkutan awam.

