Oh! Artis
Isu Isteri Ke Pejabat Agama, Redza Rosli Nafi Rumah Tangga Bermasalah
Redza Rosli jawab spekulasi rumah tangga dengan Bella Hanna selepas hantaran di pejabat agama jadi tanda tanya.
Tak sampai sehari isu pelakon Bella Hanna di pejabat agama menjadi bualan, pelakon Redza Rosli akhirnya tampil menjelaskan keadaan sebenar.
BACA: Ke Pejabat Agama Sambil Pegang Dokumen, Hantaran Isteri Redza Rosli Cetus Tanda Tanya Netizen
Semuanya bermula apabila Bella memuat naik gambar dirinya berada di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat sehingga mencetuskan pelbagai tanda tanya dalam kalangan netizen.
Redza Rosli perjelas isu rumah tangga

Memetik laporan Gempak, Redza menegaskan dakwaan kononnya rumah tangga mereka sedang bermasalah adalah tidak benar.
Malah, pelakon itu berkata dia turut berada bersama isterinya ketika gambar tersebut dimuat naik.
Kami tiada masalah pun sebenarnya. Saya ada dengan dia pada ketika itu. Saya pun tak tahu dia upload gambar itu, tapi dia rasa serba salah sebab gambar tersebut mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen. Sejujurnya memang tiada apa-apa yang berlaku antara kami.
Jelas Redza lagi, dia dan Bella sememangnya tidak gemar berkongsi hal rumah tangga secara terbuka di media sosial.

Sebab itu, dia tidak mahu isu berkenaan diperbesarkan kerana mereka ke pejabat agama hanyalah untuk urusan sijil nikah.
Tiada apa-apa berlaku. Kami ke sana untuk mengambil sijil nikah kami sahaja. Banyak urusan yang tertangguh sebab saya sibuk dengan penggambaran. Jadi bila ada masa, kami menyelesaikan kerja-kerja kami. Tak ada apa pun.
Dalam masa sama, Redza turut berharap orang ramai tidak terus membuat andaian mengenai hubungan rumah tangganya bersama Bella.
Pssttt! Bila melibatkan rumah tangga selebriti, memang mudah sangat orang buat andaian hanya berdasarkan satu gambar. Tapi penjelasan Redza ini sekurang-kurangnya menjawab tanda tanya yang timbul sebelum ini.
Apa pun, urusan peribadi pasangan suami isteri sebaiknya tidak terlalu cepat dihukum oleh netizen. Kadang-kadang, perkara yang nampak serius sebenarnya hanyalah urusan dokumen biasa.
Kredit: Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

