Connect with us

Oh! Media

“Am Juga Manusia Biasa” – Influencer Buka Mulut Isu ‘Live’ Piala Dunia Di TikTok

Ohmedia influencer fries piala dunia

Trending

“Am Juga Manusia Biasa” – Influencer Buka Mulut Isu ‘Live’ Piala Dunia Di TikTok

Influencer ini menjelaskan isu pelanggaran hak cipta gara-gara membuat live perlawanan Piala Dunia.

Selepas hangat diperkatakan sejak semalam, influencer dikenali sebagai Ammar Nazhan akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung isu dirinya didakwa membuat live perlawanan Piala Dunia di TikTok.

Menerusi perkongsian di Threads, Ammar atau mesra disapa Am berkata dia sudah melihat semua hantaran, video dan komen yang dibuat netizen.

Ammar Nazhan beri penjelasan

Ammar 4

Dia berterima kasih kepada mereka yang masih memberi sokongan serta menegur dengan cara baik. Namun jelasnya, pada awalnya dia cuma berinteraksi tentang perlawanan Portugal bersama penonton di TikTok.

IKLAN
ammar nazhan

Dia sendiri tak sangka live mendapat sambutan dari peminat bola sepak seluruh dunia. Menurut Youtuber ini, dia tidak pernah berniat untuk menyinggung atau menyusahkan mana-mana pihak.

Katanya, Piala Dunia merupakan acara yang menyatukan peminat bola sepak dari seluruh dunia dan dia hanya seronok dapat berkongsi keterujaan bersama penonton.

Dalam masa sama, Ammar turut meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak yang melemparkan pelbagai gelaran, mengajak orang lain membenci dan mengeluarkan kata-kata yang dianggap melampaui batas.

Bersedia beri kerjasama

ammar nazhan piala dunia

Dia bersedia memberikan kerjasama melalui saluran sepatutnya sekiranya ada mana-mana pihak mempunyai hak atau perkara yang perlu diperjelaskan.

Dia juga mengingatkan bahawa dia hanyalah manusia biasa yang mempunyai keluarga, pasukan dan penyokong yang turut terkesan dengan apa yang sedang berlaku.

Dia turut berterima kasih kepada semua yang masih bersama dan berjanji akan terus berkarya, belajar daripada pengalaman serta menghasilkan kandungan yang lebih baik selepas ini.

Pssttt! Dalam dunia media sosial, keterujaan berkongsi sesuatu perkara memang boleh berlaku dengan pantas, lebih-lebih lagi bila melibatkan acara besar seperti Piala Dunia. Namun, isu hak siaran tetap bukan perkara kecil dan wajar diberi perhatian. Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik.

Kredit: Thread Amnazhan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas