Connect with us

Oh! Media

Nick Mikhail Kecewa Alif Aziz Batal Persembahan Saat Akhir

Ohmedia nick michael coco alif aziz

Oh! Artis

Nick Mikhail Kecewa Alif Aziz Batal Persembahan Saat Akhir

Nick Michael dakwa Alif Aziz batal persembahan saat akhir walaupun deposit 50 peratus sudah dibayar.

Pempengaruh dan usahawan, Nick Mikhail meluahkan rasa terkilan selepas mendakwa penyanyi Alif Aziz membatalkan persembahan di sebuah acara milik isterinya, Coco.

Menurut Nick, Alif Aziz sebelum ini sudah bersetuju untuk hadir membuat persembahan dan menerima deposit sebanyak 50 peratus seperti yang dipersetujui.

Alif Aziz didakwa batal persembahan saat akhir

Kredit Foot Nick Mikhail

Apa yang membuatkan keadaan jadi lebih tegang, Nick mendakwa perkara itu dimaklumkan sehari sebelum acara berlangsung. Alif dikatakan tidak dapat pulang ke Malaysia kerana mempunyai komitmen kerja lain di Indonesia.

IKLAN

Pembatalan pada saat akhir itu didakwa menyukarkan pihak penganjur kerana mereka perlu mencari pengganti dalam tempoh yang sangat singkat. Nick juga turut mendakwa wang deposit yang sudah dibayar masih belum dipulangkan sehingga kini.

Difahamkan, permintaan untuk mendapatkan semula bayaran itu dibuat selepas persembahan berkenaan dibatalkan. Namun setakat ini, isu berkenaan masih belum selesai berdasarkan dakwaan yang dibuat oleh Nick.

Nick Michael kecewa dengan orang yang dianggap rapat

Aliff Aziz 2

Bagi Nick, perkara ini bukan sekadar soal kerja atau bayaran semata-mata. Dia mendakwa hubungan mereka sebelum ini rapat dan Alif pernah dianggap seperti saudara sendiri.

Nick turut meluahkan rasa terkilan kerana selama ini dia sering memberi sokongan kepada Alif ketika penyanyi itu melalui pelbagai isu dalam hidupnya. Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Alif Aziz berhubung dakwaan tersebut.

Pssttt! Dalam urusan kerja, kepercayaan memang mahal nilainya. Apa pun, kita harap isu antara Nick Michael dan Alif Aziz ini dapat diselesaikan dengan baik supaya kedua-dua pihak boleh jelaskan keadaan sebenar tanpa terus menimbulkan salah faham.

Kredit: Beautifulnara
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas