Connect with us

Oh! Media

“Takut Tengok GPS, Takut Tahu Sesuatu” – Aliff Aziz Dah 11 Kali Curang, Selalu Tak Balik Rumah

alif aziz

Oh! Artis

“Takut Tengok GPS, Takut Tahu Sesuatu” – Aliff Aziz Dah 11 Kali Curang, Selalu Tak Balik Rumah

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah dalam linangan air mata mendedahkan suaminya Aliff Aziz rupa-rupanya sudah 11 kali curang.

ADVERTISEMENT

BACA: Bella Astillah Akui Gambar Mesra Bersama Muaz Benar Tapi Niat Mahu Buat Aliff Aziz Cemburu Sahaja

Disebabkan itu juga, Bella telah menjalinkan hubungan dengan pelakon baru Muaz Zabir untuk membuatkan suami cemburu sekaligus menagih perhatiannya.

Kata Bella lagi, suaminya selalu tidak pulang ke rumah namun dia tidak pernah mendedahkan aib suaminya itu di media sosial.

Selama ini, dia menanggung segala derita seorang diri, sekali sekala dia meluahkan masalah rumah tangga kepada ibu mentua.

Ibu Aliff menasihatinya supaya husnuzon dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Bella cuba menghadiri kelas mengaji al-Quran tetapi dia tidak boleh fokus.

I cannot focus. Hari-hari nak cari Alif dekat mana. Bella takut nak tengok GPS sebab takut tertahu sesuatu.

Kata selebriti kelahiran Sabah ini lagi, Aliff menunjukkan perubahan sikap yang ketara selepas shoot dengan Ruhainies.

Kredit: xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas