Oh! Tidak
Aktivis Rohingya Dikecam Selepas Kritik Malaysia Di Pentas Antarabangsa
Aktivis Rohingya, Noor Azizah, dikecam netizen selepas video ucapannya mengkritik Malaysia kembali tular.
Kecoh juga di media sosial apabila satu video ucapan aktivis Rohingya, Noor Azizah, kembali menjadi perhatian ramai.
Video itu memaparkan ucapannya ketika menerima Anugerah Marie Claire Women of the Year bagi kategori Voice of Now 2025 di Australia.
Walaupun majlis itu berlangsung pada November tahun lalu, keratan video berdurasi satu minit 18 saat yang tular di Threads nampaknya mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen Malaysia.
Aktivis Rohingya sebut nama negara Asia Tenggara

Dalam ucapan tersebut, Noor Azizah yang kini menetap di Australia mengkritik layanan beberapa negara Asia Tenggara terhadap pelarian Rohingya.
Beliau turut menyebut Malaysia, Indonesia dan Thailand sebagai negara yang sering dilihat indah sebagai destinasi pelancongan, namun mempunyai sisi berbeza terhadap komuniti Rohingya.
Selepas kami melarikan diri dari Myanmar, keganasan terus mengekori kami. Anda mungkin mengenali Malaysia, Indonesia dan Thailand sebagai destinasi percutian untuk anda dan keluarga.
Namun di Malaysia hari ini, lebih 2,000 kanak-kanak Rohingya dikurung di pusat tahanan imigresen, membesar di sebalik jeriji besi dan bukannya di dalam bilik darjah.
Di Indonesia, ucapan kebencian, maklumat palsu dan disinformasi membanjiri media sosial, manakala di Thailand sindiket pemerdagangan manusia memperdayakan tubuh Rohingya seperti mata wang.- Katanya
Perjuangkan Rohingya atau serang negara pelindung?
View on Threads
Ada juga yang mempersoalkan mengapa negara yang memberi perlindungan pula menjadi sasaran kritikan utama, sedangkan punca sebenar krisis Rohingya bermula di Myanmar.
Seorang lagi pengguna Threads berpendapat pentas sebesar itu sepatutnya digunakan untuk mengecam pihak yang bertanggungjawab terhadap penderitaan etnik Rohingya.
Dia sepatutnya menggunakan pentas yang diberikan untuk mengecam kekejaman Junta Myanmar dan bukannya menumpukan kritikan terhadap negara-negara ASEAN yang menerima pelarian Rohingya.- Katanya.
Rata-rata netizen berpandangan Malaysia selama ini sudah banyak memberi ruang, bantuan dan perlindungan kepada pelarian Rohingya. Jadi apabila kritikan itu dibuat di pentas antarabangsa, ramai yang rasa seperti jasa negara ini tidak dihargai.
Dia berlindung di Malaysia dan mendapat peluang kedua, tetapi memilih untuk mengkritik negara yang memberi perlindungan kepada rakyatnya.- Tulis seorang pengguna media sosial.
Pssttt! Isu kemanusiaan memang tak pernah mudah, korang. Tapi bila bercakap di pentas antarabangsa, setiap ayat tetap kena ada timbang rasa. Kritik boleh, tetapi jangan sampai negara yang pernah membuka ruang pula dilihat seperti musuh utama.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
