Oh! Tidak
Trump Tak Jadi Serang Iran, Dakwa Perjanjian Damai Bakal Dimeterai
Trump batalkan serangan Iran selepas dakwa perjanjian damai bakal dimeterai dalam masa terdekat.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan membatalkan rancangan serangan lanjut terhadap Iran selepas mendakwa satu perjanjian untuk menamatkan konflik kedua-dua negara bakal dimeterai tidak lama lagi.
Pengumuman itu terus mencuri perhatian dunia apabila pasaran saham global mula menunjukkan reaksi positif, manakala harga minyak pula dilaporkan susut lebih tiga peratus. Namun, seperti biasa dalam isu besar macam ni, ceritanya belum habis di situ.
Iran belum sahkan perjanjian dengan Trump

Walaupun Trump kelihatan yakin dengan perkembangan tersebut, pihak Iran masih belum mengesahkan sebarang keputusan muktamad.
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei berkata, Republik Islam itu belum mencapai kata putus berhubung sebarang perjanjian dengan Amerika Syarikat.
Saya telah membatalkan serangan dan pengeboman yang dijadualkan terhadap Iran pada malam ini.- Katanya.
Menurut Trump, tarikh dan lokasi pemeteraian perjanjian itu akan diumumkan dalam masa terdekat. Beliau turut mendakwa butiran akhir perjanjian sudah dipersetujui oleh Amerika Syarikat dan sekutu serantau termasuk Israel.
Pasaran global pulih, harga minyak susut

Kenyataan Trump itu memberi sedikit kelegaan kepada pasaran global selepas konflik yang berlarutan sejak Februari lalu mencetuskan kebimbangan besar.
Pasaran saham dilaporkan melonjak, manakala harga minyak mentah dunia jatuh lebih tiga peratus susulan harapan bahawa konflik ini mungkin menuju ke arah penyelesaian.
Namun, agensi berita Tasnim mengingatkan bahawa kenyataan Trump perlu dilihat dengan berhati-hati selagi Iran sendiri belum mengumumkan sebarang persefahaman rasmi.
Dalam masa sama, Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu turut memaklumkan bahawa perbincangan sudah diadakan bersama Trump. Antara perkara yang dikatakan dibincangkan termasuk pemindahan bahan nuklear diperkaya milik Teheran dan pelupusan infrastruktur peluru berpandu Iran.
Iran beri amaran keras

Di sebalik harapan terhadap perjanjian damai, ketegangan masih belum reda sepenuhnya apabila Iran turut memberi amaran akan bertindak balas sekiranya Amerika Syarikat melancarkan serangan.
Jeneral Iran, Ali Abdollahi berkata, serangan daripada Washington hanya akan memburukkan lagi keadaan di rantau itu.
Ia bukan sahaja akan mewujudkan ketidakstabilan di rantau ini, malah api peperangan akan merebak dengan lebih meluas.- Katanya.
Penduduk awam di Teheran pula dilaporkan masih pesimis terhadap peluang perjanjian damai dimuktamadkan. Malah, ada yang berpendapat jurang antara kedua-dua negara masih terlalu besar untuk diselesaikan dalam masa singkat.
Pssttt! Dalam isu sebesar ini, memang ramai harap jalan diplomasi dapat menang berbanding perang. Tapi selagi belum ada pengesahan rasmi daripada kedua-dua pihak, lebih baik kita tunggu perkembangan sahih dan jangan terlalu cepat percaya dengan kenyataan sebelah pihak sahaja.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
