Oh! Negara
Tun Dr Mahathir Mohamad Kembali Jadi Perhatian Ramai Di Sebuah Kafe
Tun Dr Mahathir Mohamad kembali mencuri perhatian ramai selepas kelihatan ceria di sebuah kafe ketika masih menjalani fisioterapi.
Keadaan terkini Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya kembali jadi perhatian netizen selepas satu video memperlihatkan beliau berada di sebuah kafe mula tular di media sosial.
Ramai yang mengakui rasa lega melihat bekas Perdana Menteri Malaysia itu kelihatan semakin bersemangat selepas sebelum ini menjalani fisioterapi akibat kecederaan patah pinggul kerana terjatuh di bilik air.
Dr Mahathir senyum dan lambai kepada orang ramai

Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads, Dr Mahathir dilihat sedang duduk santai di sebuah kafe sebelum menyedari dirinya dirakam oleh individu berhampiran.
Apa yang mencuri perhatian sudah tentu reaksi beliau yang tetap tenang dan mesra apabila sempat memberikan senyuman sambil melambaikan tangan ke arah kamera.
Walaupun masih memerlukan kusyen sebagai sokongan ketika duduk, wajah beliau jelas nampak ceria dan positif menjelang ulang tahun kelahirannya yang ke-101 pada Julai nanti.
Netizen doakan kesihatan Dr Mahathir
View on Threads
Ruangan komen pula dipenuhi dengan ucapan dan doa daripada netizen yang berharap Dr Mahathir terus diberikan kesihatan yang baik sepanjang proses pemulihannya.
Ada juga yang kagum melihat semangat beliau yang masih kuat walaupun sudah berada pada usia yang sangat lanjut.

Sejak mengalami kecederaan sebelum ini, Dr Mahathir dilihat jarang membuat kemunculan di tempat awam walaupun akaun media sosialnya masih aktif seperti biasa.
Disebabkan itu, video terbaru ini secara tidak langsung membuatkan ramai gembira apabila melihat keadaan beliau yang nampak semakin baik dan masih mampu tersenyum kepada orang ramai.
Pssttt! Bila tengok seseorang masih mampu tersenyum walaupun sedang melalui proses pemulihan, memang boleh beri semangat dekat ramai orang. Ohmedia doakan Tun Dr Mahathir terus kuat dan dipermudahkan segala urusan kesihatannya.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.