Connect with us

Oh! Media

Rafizi Ramli Dakwa Isu Beli Parti Bersama RM8.5 Juta Fitnah

Ohmedia rafizi ramli

Oh! Negara

Rafizi Ramli Dakwa Isu Beli Parti Bersama RM8.5 Juta Fitnah

Rafizi Ramli dedah pengasas Parti Bersama menangis ketika serah parti dan nafi dakwaan beli parti RM8.5 juta.

Parti Bersama sekarang semakin jadi perhatian ramai sejak Datuk Seri Rafizi umumkan akan teruskan perjuangan parti itu. Bagaimanapun, ada pula berita yang kurang best untuk didengar bila beliau dituduh membeli parti itu dengan nilai RM8.5 juta.

Rafizi tampil dengan pantas menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai fitnah yang sengaja dimainkan untuk menjatuhkan imej Parti Bersama yang baru sahaja mula mendapat sokongan rakyat.

Rafizi Ramli dakwa ada pihak cuba burukkan Bersama

Ohmedia sprm rafizi ramli
Kredit Foto Rafizi Ramli

Menurut Rafizi, isu melibatkan Parti Bersama itu sengaja dimainkan oleh cybertrooper kerajaan dan turut dikaitkan dengan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

IKLAN

Beliau bagaimanapun memilih untuk tidak terlalu melayan serangan tersebut dan menyerahkan semuanya kepada Allah.

Jangan bimbang, kita serahkan kepada Allah. Adalah balasan kepada mereka satu hari nanti.- Katanya.

Dalam masa sama, MIPP turut mendesak SPRM menyiasat Fahmi selepas didakwa menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai Parti Bersama.

Pengasas parti mahu Bersama bela rakyat biasa

Rafizi Ramli
Kredit Foto Rafizi Ramli

Rafizi turut berkongsi cerita bagaimana pengasas Bersama yang dikenali sebagai Mr Tan menyerahkan parti itu kepada beliau dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurutnya, momen itu cukup menyentuh hati apabila Mr Tan dikatakan menangis kerana berharap parti tersebut mampu menjadi suara kepada rakyat biasa.

Mr Tan, pengasas Bersama menangis masa serahkan parti ini kepada kami. Dia hanya minta jaga Bersama baik-baik dan supaya ia boleh bela rakyat biasa lebih baik dari yang dia mampu buat sebelum ini.- Katanya.

Rafizi berkata beliau dan Nik Nazmi sanggup melepaskan pelbagai perkara demi membina platform politik baru yang lebih fokus kepada masa depan rakyat.

Malah, beliau mendakwa keahlian Bersama kini sudah melepasi 20,000 orang dan parti itu mahu membawa pendekatan politik yang lebih dekat dengan rakyat marhaen.

Pssttt! Kadang-kadang bila muncul parti baru, memang akan ada macam-macam cerita dan dakwaan keluar. Sebab itu korang kena bijak tapis maklumat dan jangan terus percaya benda yang tular tanpa semak fakta sebenar.

Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas