Connect with us

Oh! Media

Bukit Bintang Masih Tiada Surau Atau Masjid Untuk Solat Jumaat

Ohmedia masjid bukit bintang

Oh! Islam

Bukit Bintang Masih Tiada Surau Atau Masjid Untuk Solat Jumaat

Cadangan bina surau atau masjid di Bukit Bintang mula dibincangkan bagi memudahkan umat Islam dirikan solat Jumaat.

Kawasan Bukit Bintang yang terkenal sebagai pusat pelancongan dan hiburan kini bakal mempunyai surau atau masjid sendiri tidak lama lagi.

Menerusi satu perkongsian di Facebook oleh Mohd Nizam Yahya, satu lawatan tapak dan perbincangan sudah diadakan bagi menggerakkan cadangan mengubah bangunan sedia ada di kawasan itu menjadi surau atau masjid.

Cadangan libatkan beberapa agensi

Kredit Foto Facebook Mohd Nizam Yahya

Menurut perkongsian itu, cadangan berkenaan dikatakan datang daripada Senator Dr. Zulkifli Hasan yang juga Menteri Hal Ehwal Agama.

IKLAN

Usaha itu turut digerakkan bersama beberapa pihak termasuk JAKIM, MAIWP, JAWI dan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan bagi melihat kesesuaian lokasi dan pelaksanaan projek tersebut.

Bukit Bintang belum ada surau atau masjid untuk mendirikan solat jumaat di kawasan itu.- Katanya.

Bangunan Yayasan Selangor jadi pilihan

Kredit Foto Facebook Mohd Nizam Yahya

Difahamkan, bangunan Yayasan Selangor yang terletak berhampiran persimpangan “Shibuya” Bukit Bintang antara lokasi yang dicadangkan untuk dijadikan surau atau masjid.

Perkongsian itu juga memaklumkan bahawa MAIWP dijangka memberi sokongan termasuk menyediakan peruntukan bagi kerja-kerja renovasi sekiranya cadangan tersebut diteruskan.

Insya Allah MAIWP akan berikan sokongan padu dan menyediakan peruntukan bagi kerja-kerja renovasi tersebut agar hasrat murni ini menjadi realiti.- Katanya.

Cadangan itu mula menarik perhatian ramai netizen terutama umat Islam yang sering berkunjung ke kawasan Bukit Bintang.

Ramai berpendapat kewujudan surau atau masjid di kawasan tumpuan pelancong itu memang diperlukan bagi memudahkan orang ramai menunaikan solat terutama pada hari Jumaat.

Pssttt! Kadang-kadang kemudahan asas untuk umat Islam dekat kawasan sibuk memang sangat diperlukan. Kalau cadangan ini menjadi realiti, pastinya ia dapat beri manfaat besar kepada ramai orang terutama pekerja dan pengunjung di sekitar Bukit Bintang.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas