Connect with us

Oh! Media

“Bahagia Bukan Cuma Harta, Status Atau Pangkat” – Hantaran Syed Saddiq Undang Perhatian

Ohmedia syed Saddiq Bahagia

Trending

“Bahagia Bukan Cuma Harta, Status Atau Pangkat” – Hantaran Syed Saddiq Undang Perhatian

Syed Saddiq, Bella Astillah dan dua anaknya turut menyertai acara 113 International Triathlon Desaru 2026.

Hantaran terbaharu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq di Instagram mencuri perhatian ramai apabila beliau berkongsi momen ketika menyertai acara International Triathlon Desaru 2026.

Menerusi perkongsian tersebut, Syed Saddiq dilihat meluahkan tentang erti bahagia selepas melalui satu pengalaman yang dianggap cukup bermakna bersama insan-insan tersayang.

Syed Saddiq kongsi tentang erti bahagia

Dalam kapsyen hantaran itu, Syed Saddiq berkata dia menyedari satu perkara selepas melihat momen yang berlaku sepanjang acara berkenaan.

IKLAN

Menurutnya, kebahagiaan bukan hanya berkisar tentang wang, status atau pangkat semata-mata.

Perkongsian itu turut disertakan dengan video yang memaparkan suasana bersama keluarga Bella Astillah yang hadir memberikan sokongan, termasuk gelagat anak-anak yang kelihatan ceria dan teruja.

Difahamkan, Bella Astillah termasuk dua anaknya turut menyertai acara berkenaan dan menang!

Bella Astillah luah rasa bangga

syed saddiq

Apa yang turut menjadi perhatian, Bella Astillah dilihat meninggalkan komen pada hantaran tersebut dengan meluahkan rasa bangga terhadap Syed Saddiq.

Menurut Bella, dia kagum melihat Syed Saddiq meneruskan cabaran dalam acara tersebut.

Watching you push through 113 made me so proud power gila kot! I buat 40km rasa macam nak menangis sambil mengayuh Lucky to cheer for you and share this memory with our little team. Thank you for everything.

Komen Bella itu turut mencuri perhatian warganet yang rata-ratanya suka melihat sokongan diberikan kepada Syed Saddiq.

Pssttt! Betul juga apa yang dikongsikan Syed Saddiq. Bahagia bukan semata-mata tentang apa yang kita ada, tapi siapa yang ada bersama kita ketika susah dan senang.

Momen macam ini nampak ringkas, tapi sebenarnya cukup besar maknanya. Semoga hubungan baik dan sokongan yang dikongsikan ini terus menjadi kenangan indah buat mereka.

Kredit: Instagram Syed Saddiq
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas