Connect with us

Oh! Media

“Saya Bantu Mana Yang Mampu” – Pusat Perubatan Islam Dedah Isteri Abang Tesla 3 Kali Keguguran

Ohmedia isteri Abang Tesla

Trending

“Saya Bantu Mana Yang Mampu” – Pusat Perubatan Islam Dedah Isteri Abang Tesla 3 Kali Keguguran

Kali terakhir keguguran pada bulan 10 tahun lepas.

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti ada impian untuk menimang cahaya mata sendiri.

Begitu juga dengan pempengaruh media sosial, Abang Tesla dan isterinya, Nurmajdina Jamari yang dilihat sedang berikhtiar selepas melalui pengalaman sedih apabila difahamkan pernah berdepan keguguran sebanyak tiga kali.

Ikhtiar dapatkan cahaya mata

Menerusi perkongsian sebuah pusat perubatan Islam di media sosial, pasangan itu dilihat hadir bagi mendapatkan rawatan sebagai salah satu usaha mereka untuk dikurniakan zuriat.

IKLAN

Dalam hantaran tersebut, pihak pusat perubatan berkenaan turut berkongsi luahan yang dipercayai berkaitan pengalaman Nurmajdina.

Saya 3x keguguran harap lepas buat rawatan saya berjaya hamil dan tidak gugur lagi.

Apabila ditanya mengenai kali terakhir mengalami keguguran, jawapan yang diberikan adalah pada Oktober tahun lalu.

Bulan 10 Tahun lepas.

Perkongsian itu kemudian menarik perhatian ramai memandangkan kisah keguguran bukan satu perkara mudah untuk dilalui, lebih-lebih lagi apabila berlaku lebih daripada sekali.

Doa agar dipermudahkan

Pihak pusat perubatan Islam itu turut memaklumkan bahawa mereka sering menerima kes melibatkan wanita yang mengalami keguguran pada awal kandungan.

Banyak kes saya rawat gugur setiap kali awal kandungan..InshaAllah moga pasangan ini berjaya hamil dan tidak mengalami keguguran lagi lepas ini. Saya bantu mana yang mampu,selebihnya serah kepada Allah. Moga puan Majdina dan suami di permudahkan Allah di kurniakan cahaya mata lepas ini InshaAllah Aamiin.

Walaupun tidak berkongsi secara panjang lebar, hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya menitipkan doa buat pasangan itu.

Ramai yang berharap agar urusan Abang Tesla dan Nurmajdina dipermudahkan serta dikurniakan rezeki zuriat pada waktu yang terbaik.

Pssttt! Semoga Abang Tesla dan Nurmajdina terus kuat, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan cahaya mata pada waktu yang paling baik.

Kredit: Kredit: TikTok Rawatan Islam Almujahidin
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas