Trending
“Jangan Salahkan Sesiapa” – Keluarga 13 Tahun Tiada Elektrik Jelaskan Hal Sebenar, Syukur Tiang Sudah Sampai
Jelasnya, video dimuat naik sebagai tanda syukur dengan titah Sultan Pahang.
Selepas kisah sebuah keluarga di Ulu Tembeling, Jerantut tular kerana didakwa hidup tanpa bekalan elektrik selama 13 tahun, terbaharu keluarga tersebut tampil berkongsi perkembangan yang melegakan ramai.
BACA: TNB Jelaskan Isu Keluarga 13 Tahun Tiada Elektrik Di Jerantut, Kerja Sambungan Bermula Mei Ini
Menerusi satu hantaran di TikTok, individu dikenali sebagai Muhammad Ramadhan memaklumkan bahawa tiang elektrik sudah sampai ke lokasi mereka.
Mohon jangan salahkan mana-mana pihak
Dalam hantaran tersebut, Ramadhan turut meminta orang ramai agar tidak menyalahkan sesiapa berhubung isu yang berlaku.

Menurutnya, keluarga mereka memang hidup tanpa bekalan elektrik selama 13 tahun, namun permohonan untuk mendapatkan bekalan elektrik telah dibuat pada tahun 2025 sebelum akhirnya mendapat perhatian ramai.
Kami mohon jangan salahkan sesiapa pembetulan dekat sini “Kami memang hidup tanpa elektrik 13 tahun tapi kami mohon elektrik pada 2025 ulang alik sendiri”
Ramadhan turut meluahkan rasa syukur selepas titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, membawa sinar kepada keluarganya.
Dan kami post hanya untuk kegembiraan yang kami syukur dengan titahnya Tuanku ampun Tuanku.
Dalam hantaran lain, turut dipaparkan maklumat bahawa hari tersebut pihak TNB telah menghantar tiang-tiang elektrik ke lokasi di Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang.
Syukur impian bakal jadi kenyataan
Ramadhan turut berterima kasih kepada pihak TNB kerana menunaikan impian keluarganya untuk mendapatkan bekalan elektrik selepas bertahun-tahun menanti.

Sebelum ini, kisah keluarga berkenaan mendapat perhatian selepas mereka dilihat memegang plakad memohon bantuan ketika konvoi Sultan Pahang melalui kawasan tersebut.
Plakad itu menarik perhatian baginda sebelum Sultan Pahang berhenti dan mendengar sendiri aduan keluarga terbabit.
Susulan itu, isu berkenaan menjadi bualan ramai di media sosial, malah ramai yang meluahkan rasa simpati apabila mengetahui keluarga tersebut didakwa sudah terlalu lama hidup tanpa bekalan elektrik.
Pssttt! Alhamdulillah, akhirnya ada berita baik buat keluarga ini selepas sekian lama menanti. Bila tiang elektrik sudah sampai, sedikit sebanyak ia memberi harapan bahawa kehidupan mereka selepas ini mungkin akan jadi lebih selesa.
Kredit: TikTok Muhammad Ramadhan 9602
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.