Connect with us

Oh! Media

Zul Ariffin Akui Merokok ‘Bad Habit’, Mohon Maaf Lepas Dikecam Netizen

Ohmedia zul ariffin

Oh! Artis

Zul Ariffin Akui Merokok ‘Bad Habit’, Mohon Maaf Lepas Dikecam Netizen

Zul Ariffin akui merokok adalah tabiat buruk dan mohon maaf kepada netizen yang menegurnya secara baik.

Sebelum ini, tersebar video menunjukkan pelakon Zul Ariffin sedang merokok. Video itu didedahkan di Threads dan mengundang pelbagai reaksi.

Susulan isu itu, Zul tampil mengakui perbuatannya itu memang satu tabiat buruk dan tidak sepatutnya dijadikan contoh kepada orang ramai.

Zul Ariffin akui silap dan tak galakkan orang ikut

Man in a tropical-print shirt sits cross-legged on a porch, smoking a cigarette with a cup in his other hand.
Kredit Foto Screenshot Threads

Menurut Zul, dia sama sekali tidak berniat untuk mempromosikan gaya hidup tidak sihat menerusi video tersebut. Katanya, ketika itu dia hanya duduk santai sambil minum kopi dan mengambil angin.

IKLAN

Perkara itu adalah tabiat buruk yang tidak digalakkan dan tidak dipromosikan oleh saya. Video itu cuma saya duduk ambil angin, minum kopi.- Katanya.

Dalam masa sama, Zul turut menjelaskan isu itu mula menjadi besar selepas dia membalas komen seorang pengguna yang didakwa menyindirnya secara sarkastik.

Mohon maaf kepada yang tegur secara baik

Zul Ariffin
Kredit Foto Zul Ariffin

Pelakon itu juga mengambil kesempatan memohon maaf kepada netizen yang menegurnya dengan cara baik sepanjang dia menggunakan media sosial.

Saya nak ambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua yang menegur saya tentang perbuatan itu sepanjang saya menggunakan media sosial.- Katanya.

Namun begitu, Zul menegaskan dia tidak akan memohon maaf kepada individu yang meninggalkan komen melampau dan menghina dirinya.

Benda itu saya akui sebagai bad habit dan perkara itu takkan berlaku lagi. Tak payahlah huru-hara sangat.- Katanya.

Pssttt! Media sosial sekarang memang cepat buat sesuatu benda jadi besar. Kalau boleh, elakkan kongsi perkara yang boleh beri pengaruh kurang baik sebab ramai yang memerhati, lebih-lebih lagi bila korang seorang public figure.

Kredit: Oh! Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas