Oh! Negara
Amerika Syarikat Dakwa Tiga Bekas Pegawai TM Seleweng RM94 Juta
Tiga bekas pegawai kanan TM didakwa seleweng lebih RM94 juta di AS termasuk guna AI untuk tipu syarikat.
Kecoh sekarang bila tiga bekas pegawai kanan Telekom Malaysia (TM) didakwa di Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan seleweng duit syarikat sampai lebih AS$20 juta, bersamaan sekitar RM94 juta.
Lagi mengejutkan, siasatan Jabatan Kehakiman AS (DOJ) mendapati mereka bukan saja didakwa palsukan rekod syarikat, tapi siap guna teknologi AI untuk memperdayakan kakitangan sumber manusia.
Bekas pegawai TM didakwa buat penipuan terancang

Tiga individu terbabit ialah Mohd Hafiz Lockman, Mohd Yuzaimi Yusof dan Khanh Thuong Nguyen yang sebelum ini memegang jawatan kanan di anak syarikat TM di AS.
Menurut DOJ, mereka dipercayai menggunakan dokumen dan rekod palsu untuk salurkan duit syarikat ke akaun yang mereka kawal sendiri sejak Julai 2020 hingga Februari 2026.
Tiga individu ini didakwa menjalankan skim pecah amanah yang disengajakan dan terancang, termasuk memalsukan rekod korporat demi kepentingan kewangan sendiri.- Katanya.
Mohd Hafiz dilaporkan ditahan di lapangan terbang San Francisco manakala dua lagi tertuduh menyerah diri bulan lalu.
Siap guna AI untuk tipu bahagian HR

Apa yang buat ramai terkejut bila DOJ mendakwa mereka turut menggunakan penyamar berasaskan AI untuk memperdayakan kakitangan sumber manusia.
Selain itu, mereka juga didakwa buat tuntutan palsu, naikkan kos pembelian kabel dan pindahkan berjuta-juta dolar ke akaun sendiri.
Dalam satu kes, mereka didakwa meminta TM meluluskan jualan kapasiti lapan terabait bernilai AS$54 juta walaupun sebenarnya hanya enam terabait dibeli.
Lebihan kapasiti itu kemudian dipercayai dijual kepada syarikat lain sebelum duit hasil jualan dimasukkan ke akaun yang mereka kawal.
TM dah pecat ketiga-tiga individu terbabit

TM dalam kenyataan rasmi memaklumkan ketiga-tiga individu itu sudah dipecat selepas siasatan dalaman dijalankan.
Menurut TM, hasil siasatan itu juga sudah diserahkan kepada pihak berkuasa dan mereka akan terus beri kerjasama penuh kepada DOJ.
Dalam masa sama, DOJ memutuskan untuk tidak mendakwa TM kerana syarikat itu tampil melaporkan sendiri salah laku tersebut.
Pssttt! Zaman sekarang teknologi AI memang makin canggih, tapi kalau guna untuk benda tak betul memang akhirnya makan diri sendiri. Apa pun kerja korang, amanah dan integriti tetap paling penting sebab sekali kantoi, bukan nama sendiri je rosak, nama syarikat pun terpalit sama.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.