Oh! Artis
Linda Hashim Dedah Beego Tak Beri Kerjasama, Enggan Lafaz Cerai
Linda Hashim dedah Beego tak beri kerjasama dan enggan lafaz cerai ketika prosiding pengesahan lafaz taklik.
Kemelut rumah tangga pelakon Linda Hashim dan suaminya, Beego nampaknya masih belum selesai apabila prosiding pengesahan lafaz taklik pasangan itu terus berlarutan.
Memetik laporan Kosmo!, Linda mendedahkan Beego masih enggan melafazkan cerai terhadapnya ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.
Beego didakwa mahu teruskan perbicaraan

Jelas Linda, Beego enggan memberi kerjasama dan terus mempertahankan diri ketika prosiding di depan Hakim Syarie, Nadia Khamis.
Namun, dia tetap tak nak beri kerjasama, dia enggan lafaz juga dan terus nak pertahan diri untuk proses seterusnyalah. Jadi, tidak mengapa dan tunggu saja. Dia tidak beritahu sebarang sebab tetapi memang cakap tak mahu lafaz hari ini dan mahu teruskan kes serta panjangkan lagi perbicaraan kes kami.
Beego yang diwakili peguam syarie, Muhammad Akmal Amzan berkata, kehadirannya ke mahkamah adalah sebagai tanda menghormati undang-undang syariah.
Pssttt! Bila isu rumah tangga sudah masuk ke mahkamah, pastinya bukan mudah untuk kedua-dua pihak melalui proses yang panjang dan penuh emosi. Semoga urusan Linda Hashim dan Beego dipermudahkan, serta segala keputusan yang dibuat nanti menjadi jalan terbaik buat mereka sekeluarga terutama anak-anak.
Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM