Oh! Artis
“Setiap Kali Saya Kerja, Bonda Sakit” – Anak Norish Karman Nafi Pemalas, Dakwa Ada Gangguan Mistik
Anak Norish Karman tampil jawab tuduhan netizen, dakwa gangguan mistik jadi punca ibu sering sakit.
Kontroversi membabitkan pelakon veteran Norish Karman dan anak-anaknya terus hangat diperkatakan.
BACA: “Dasar Pengemis, Muka Tembok” – Netizen Kecam Anak Norish Karman Pemalas, Minta Cari Kerja
Selepas dikecam hebat netizen, akhirnya anak-anak tampil bersuara mempertahankan diri mereka.
Anak ketiganya, Nur Hanyz Amanda mendakwa keadaan kesihatan ibu sering terjejas setiap kali mereka cuba keluar bekerja, dan percaya ia ada kaitan dengan unsur mistik.
Anak nafikan dakwaan dah biasa hidup senang dan malas

Amanda menegaskan dia bukanlah seperti yang didakwa netizen yang menganggap mereka pemalas dan enggan bekerja.
Pertamanya, bila kami hidup senang? Macam mana mereka lebih tahu daripada saya? Mereka suruh saya pergi kerja kilang, saya pernah cuba. Bekerja sambilan di kafe pun saya dah pernah cuba. Saya sudah buat segala-gala yang termampu untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Tetapi, setiap kali saya bekerja, bonda sakit, ada sahaja orang dengki hantar sesuatu.
Kata Amanda, sehingga kini mesej di media sosialnya dipenuhi dengan kata-kata hinaan netizen yang menuduh mereka tidak berusaha.
Tetapi hakikat sebenarnya, dia sudah mencuba pelbagai pekerjaan termasuk kerja kilang dan pembantu kafe demi membantu keluarga, namun keadaan sering tidak mengizinkan.
Dalam masa sama, Amanda turut menafikan dakwaan kononnya mereka menerima elaun sebanyak RM700 seminggu daripada bapa.
Anak sulung bekerja dari sekolah bantu keluarga
Anak sulung Norish, Muhammad Haqiem Amany, pula berkata, dia sudah mula bekerja sejak zaman sekolah lagi untuk membantu keluarga.
Malah, hampir 90 peratus gaji yang diperoleh untuk kegunaan keluarga.
Norish sendiri mengakui pengorbanan anak sulungnya itu sangat besar dalam membantu keluarga.
Pssttt! Isu ini jelas menunjukkan betapa cepatnya netizen membuat kesimpulan tanpa mengetahui situasi sebenar seseorang. Bila melibatkan keluarga dan kesihatan, lebih baik kita berhati-hati dalam memberi komen. Mungkin ada perkara yang kita tidak nampak di sebalik apa yang berlaku.
Kredit: Harian Metro | Melodi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM