Trending
Azar Azmi Menangis, Aliff Syukri Beri Bantuan Lebih RM35k
Aliff Syukri hulur bantuan lebih RM35,000 kepada Azar Azmi. Siap tawar kerja!
Usahawan, Datuk Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian apabila memberi bantuan wang tunai lebih RM35,000 kepada pelakon Azar Azmi dalam satu siaran langsung.
Menurut laporan Kosmo, Aliff berkata yang bantuan itu diberikan atas dasar simpati terhadap kesempitan hidup yang sedang dihadapi Azar ketika ini.
Saya bantu seorang wanita yang kesempitan hidup hari ini.
Dia datang pada saya, minta kerja sebagai tukang ‘packing’ barang dengan gaji RM1,700.
Tapi hari ini saya bantu dia, rakyat Malaysia sayang dia. Ini bukan duit saya tetapi milik rakyat Malaysia.
Aliff Syukri siap tawar bekerja di syarikatnya

Dalam masa sama, Aliff turut menyatakan kesediaannya untuk mengambil Azar bekerja di syarikat miliknya.
Mungkin selepas ini saya akan ambil dia bekerja sebagai kerani atau pembungkus barang di syarikat saya dengan gaji berjumlah RM2,000.
Beliau juga berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang membeli produknya, sekali gus menyumbang kepada bantuan tersebut.
Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang prihatin. Kali ini kalian membeli sambil beramal.
Azar Azmi nak beli keperluan anak-anak

Sementara itu, Azar tidak dapat menahan rasa sebak dan terkejut dengan jumlah bantuan yang diterima.
Duit ini saya nak beli barangan keperluan anak-anak.
Saya segan dan tak tahu nak cakap apa dan tidak tahu sudah berapa lama tiada duit.
Azar juga menyatakan kesediaannya menerima apa sahaja tawaran kerja daripada Aliff.
Sejujurnya saya terhutang budi dan semua yang datuk lakukan melebihi dari yang sepatutnya.
Untuk rekod, Azar sebelum ini menjadi bualan apabila dia dan suaminya didakwa di mahkamah atas kes penipuan.
Namun, Azar telah dibebaskan dan akan dijadikan saksi pendakwaan, manakala suaminya mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
Pssttt! Dalam rezeki kita, ada hak orang lain. Hulurkan bantuan jika mampu kerana sedikit kebaikan mampu mengubah kehidupan seseorang.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM