Oh! Tidak
Amerika Syarikat Sekat Laluan Selat Hormuz Sebabkan Harga Minyak Melonjak Semula
Harga minyak mentah global melonjak selepas AS sekat pelabuhan Iran, beri kesan besar kepada bekalan dunia.
Harga minyak mentah global melonjak tinggi semula dan kali ini puncanya datang dari tindakan Amerika Syarikat yang mengepong pelabuhan Iran di Selat Hormuz.
Situasi jadi semakin tegang bila rundingan damai antara Washington dan Teheran gagal capai kata sepakat. Akibatnya, langkah drastik terus diambil yang buat pelabur dan pasaran minyak terus ‘panas’.
Sekatan AS jadi punca utama lonjakan harga

Tidak cukup dengan itu, Tentera Laut Amerika Syarikat juga sudah memulakan sekatan semua trafik kapal keluar masuk pelabuhan Iran. Tindakan ini bermula seawal Isnin dan melibatkan semua kapal tanpa mengira negara.
Niaga hadapan minyak mentah AS bagi penghantaran Mei meningkat hampir lapan peratus kepada AS$104.20 setong. Dalam masa sama, minyak mentah Brent bagi Jun turut naik sekitar tujuh peratus kepada AS$101.86 setong.
AS dan Iran masing-masing bagi alasan perjanjian tak tercapai

Naib Presiden AS, JD Vance menjelaskan rundingan gagal kerana Iran tidak beri komitmen jelas untuk hentikan pembangunan nuklear.
Speaker Parlimen Iran pula beri reaksi berbeza dan berkata, AS gagal meraih kepercayaan delegasi Iran dalam pusingan rundingan terbaharu tersebut.
Dalam masa sama, Iran masih pegang kawalan ke atas Selat Hormuz dan keadaan ini buat masa depan bekalan minyak global jadi semakin tidak menentu.
Pssttt! Situasi macam ni memang di luar kawalan kita, tapi kesannya boleh sampai ke poket sendiri. Ohmedia nasihatkan korang sentiasa bersedia dengan perubahan harga barang, sebab bila minyak naik, benda lain pun biasanya ikut sama.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.