Trending
“Jika Isteri Saya, Saya Tak Benarkan…” – PU Syed Bersuara Isu Sumud, Anggap PU Rahmat Berseloroh
PU Syed kongsi pandangan isu wanita berkahwin sertai misi kemanusiaan Sumud.
Perdebatan mengenai penglibatan wanita dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 masih berterusan di media sosial, lebih-lebih lagi selepas kenyataan PU Rahmat Ikhsan sebelum ini mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Terbaru, pendakwah bebas PU Syed pula tampil memberikan pandangan sebagai lelaki yang sudah berkahwin.
“Tanggungjawab isteri kepada suami dan anak-anak lebih besar” – PU Syed
Beliau secara peribadi tidak akan membenarkan isterinya menyertai misi yang melibatkan perjalanan jauh dan risiko tertentu.
Menurutnya, tanggungjawab dalam rumah tangga serta faktor keselamatan, khususnya dalam situasi musafir, adalah perkara yang perlu diberi keutamaan.
Walaupun mempunyai pendirian tersendiri, PU Syed tetap menyatakan sokongan kepada mereka yang terpilih menyertai misi tersebut.
Ambe tak mampu nak sertai SUMUD. Sahabat-sahabat yang terpilih dan pergi misi SUMUD 2.0 ni ambe ucapkan tahniah dan selamat berjuang kami doakan.
Beliau turut yakin bahawa para sukarelawan telah membuat pertimbangan sewajarnya sebelum mengambil keputusan untuk terlibat dalam misi tersebut.
Anggap kenyataan PU Rahmat sekadar berseloroh

Dalam masa sama, PU Syed turut menyentuh mengenai kenyataan PU Rahmat Ikhsan yang sebelum ini menjadi perhatian ramai.
Kata-kata adik kami PU Rahmat yang masih bujang tu mungkin hanya berseloroh kepada netizen, walaupun sekali baca dan imbas nampak ganas.
Beliau turut mendoakan semoga PU Rahmat ditemukan jodoh di sana nanti.
Pssttt! Bila isu dah viral, memang mudah untuk orang salah faham dan emosi jadi panas. Tapi mungkin ini masa untuk kita dengar pelbagai sudut pandang dengan lebih terbuka. Tak semua orang akan setuju, tapi adab dalam berbeza pendapat itu yang paling penting.
Kredit: Instagram PU Syed
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM