Bersempena dengan sambutan bulan Ramadhan, penyanyi Mizz Nina atau Shazrina Binti Azman telah mengajak semua wanita beragama Islam untuk menyahut cabaran 30 hari berhijab.
Perkara ini disampaikannya melalui Instagram dengan meluahkan rasa syukurnya mengenakan hijab sejak mula berhijrah 6 tahun yang lalu.
Menurut Mizz Nina, keputusan yang dibuat untuk berhijab adalah diatas pilihannya sendiri sebagai seorang Muslim yang patuh dan cinta akan Allah SWT. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa semua wanita harus berasa bangga mengenakan hijab kerana ia adalah identiti seorang wanita Muslim.
IKLAN
Mizz Nina sudah lama meninggalkan kerier nyanyiannya dan hanya aktif dalam misi kemanusiaan dan dijemput menjadi jurucakap untuk memberi motivasi dan kesedaran kepada masyarakat serta dalam program berbentuk dakwah Islam.
Dalam masa yang sama, Mizz Nina turut menyatakan sokongnya terhadap inisiatif yang dianjurkan akaun @worldhijabday dengan berkongsikan semula satu entri berkenaan Cabaran Hijab 30 Hari sepanjang bulan Ramadan ini.
Program ini dilihat sangat baik yang turut terbuka untuk penganut agama lain juga dialu-alukan untuk mengambil bahagian bagi merasai sendiri pengalaman memakai hijab.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
M. HafizalKetua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.