Oh! Lifestyle
7 Perkara Ini Boleh Menurunkan Berat Badan Anda Di Bulan Puasa

“Aduh, sepatutnya bulan puasa ni lagi senang nak turun berat
badan tapi kenapa tak turun ya? Dah seminggu puasa, rasanya makin naik adalah. Apa
aku nak buat ni? Apa yang silapnya?”
niat untuk menurunkan berat badan mereka pada bulan ramadhan ini. Lagi-lagi
bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan mereka selepas perayaan
Hari Raya. Ironinya, ia nampak mudah tetapi ramai yang gagal dalam misi ini.
dengan pelbagai jenis makanan termasuklah undangan berbuka puasa bersama
kawan-kawan dan keluarga di sana sini. Dalam pada itu, ada juga yang telah
mengehadkan pemakanan tetapi tetap tidak berhasil menurukan berat badan. Ini 7
perkara yang anda perlu cuba!
1. MINUM 8 GELAS AIR KOSONG
untuk mencukupkan air kosong. Seeloknya, lebihkan pengambilan air kosong pada
waktu malam dan terhadkan 2-3 gelas saja pada waktu sahur untuk mengekalkan
hidrasi tubuh kita.
badan kita perlu mencukupkan 8 gelas air sehari:
- 1 gelas selepas bangun sahur
- 1 gelas selepas bersahur
- 1 gelas selepas azan Maghrib
- 1 gelas selepas solat Maghrib
- 1 gelas selepas berbuka
- 1 gelas selepas solat Isyak
- 1 gelas selepas Terawih
- 1 gelas sebelum tidur

2. KIRA KALORI ANDA

- MyNutriDiari oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
- LoseIt! – Salah satu feature menarik adalah ia dapat mengenalpasti dan mengira kalori dengan hanya memuatnaik gambar makanan
- MyFitnessPal – aplikasi yang paling universal dan terluas di dunia setakat ini
3. AMBIL PROTEIN YANG MENCUKUPI

4. JANGAN SKIP SAHUR

Walaupun boleh skip sahur, tetapi ia adalah amalan yang tidak sihat. Malah, ia cenderung menyebabkan kita makan lebih banyak semasa berbuka. Tambahan pula, amalan bersahur adalah sunnah dan amat digalakkan dalam Islam walaupun hanya dengan buah kurma dan susu.
5. KEKAL AKTIF
Berpuasa bukanlah alasan untuk tidur dan bermalasan sepanjang hari. Walaupun tidak bersenam, cuba mengekalkan aktiviti harian dengan melakukan bergotong-royong, kerja rumah, membantu ibu ayah, dan sebagainya. Jangan tangguhkan semua kerja ini sehingga berbuka supaya anda boleh fokus pada ibadah lain pada waktu malam seperti tarawih.

Di samping merebut pahala di bulan mulia ini, sebenarnya solat tarawih juga dapat membakarkan kalori. Ia dapat meringankan tubuh yang berat selepas diisi pelbagai juadah makanan semasa berbuka. Malah, menurut Kevin Zahri sebagai cikgu fitness, ia mampu membakar hingga 200-300 kcal bergantung kepada suhu masjid dan durasi.
Apapun, pastikan objektif utama solat tarawih adalah untuk mencari keredhaan Allah dan mendapat pahala bukan sekadar untuk menurunkan berat badan di bulan puasa.
6. 2 HOURS RULE
Inilah antara sebab kita susah nak kuruskan badan di bulan puasa. Selalunya kita akan tidur dalam masa terdekat selepas bersahur. Lepas solat tarawih pula, kita akan makan snek, berbaring dan kemudiannya tidur.

Adakah anda berasa sihat dengan melakukan itu? Tabiat ini menyebabkan lemak akan terkumpul dalam tubuh kita dari hari ke hari. Malah, ia menganggu sistem pencernaan kita dan boleh mengundang pelbagai jenis penyakit jika kita kerap menjadi amalan. Sekurang-kurangnya, tunggu 1.5 hingga 2 jam untuk perut memproseskan makanan sebelum tidur.
7. GANTIKAN SNEK SIHAT

Kalau terasa nak kunyah-kunyah, makan kekacang yang sihat tanpa garam seperti kacang badam, gajus atau buah-buahan kering seperti buah aprikot, kismis, kurma dan sebagainya. Bagus juga kalau buat salad buah-buahan dan sayur.
Menurut kajian di Universiti Tokyo, buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan kandungan air dapat membantu seseorang cepat kenyang dan makan dalam kuantiti yang sikit. Antaranya ialah:
- Brokoli
- Tembikai
- Timun
- Strawberi
- Kobis/Kobis Bunga
- Bayam
- Epal
- Pir
OH! MEDIA: Mudah-mudahan, matlamat kita untuk menurunkan berat badan semasa bulan puasa ini dapat dicapai. Bukan sekadar nak cantik, tapi untuk menjaga kesihatan juga.
