Connect with us

Oh! Media

Datuk Seri Anwar Ibrahim Maklumkan Erdogan Titip Doa Buat Tun Mahathir

Ohmedia anwar Ibrahim Mahathir

Trending

Datuk Seri Anwar Ibrahim Maklumkan Erdogan Titip Doa Buat Tun Mahathir

Erdogan kirim doa buat Tun Mahathir yang dirawat di IJN. Anwar Ibrahim dedah Presiden Turkiye mahu hubungi Tun M secara peribadi.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menyampaikan ucapan selamat serta doa kesejahteraan buat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Menurut laporan Harian Metro, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media sempena lawatan rasmi tiga hari beliau ke Turkiye.

Anwar Ibrahim kongsi perbualan bersama Erdogan

Anwar Ibrahim

Menurut Anwar, Erdogan bukan sahaja mengikuti perkembangan semasa, malah turut bertanyakan khabar dan keadaan kesihatan Tun Mahathir.

IKLAN

Presiden Tayyip Erdogan juga menanyakan mengenai kesihatan Tun Dr Mahathir. Saya jelaskan sedikit daripada apa yang disampaikan oleh doktor dan beliau bersama-sama mengucapkan selamat serta mendoakan agar afiah dan keselamatan.

Keprihatinan itu dilihat sebagai satu tanda hubungan baik antara kedua-dua negara, selain mencerminkan rasa hormat Erdogan terhadap tokoh negarawan Malaysia itu.

Hasrat Erdogan mahu hubungi Tun M

Tun Mahathir

Tambah Anwar lagi, Erdogan turut menyatakan hasrat untuk menghubungi Tun Mahathir secara peribadi sekiranya keadaan kesihatan beliau semakin baik.

Beliau bersetuju sekiranya keadaan Tun Mahathir lebih sedikit lega, akan cuba menelefon, menanyakan khabar dan mendoakannya.

Untuk info, Tun Dr Mahathir dirujuk ke IJN kelmarin selepas terjatuh di kediamannya di Seri Kembangan, Selangor.

Setiausaha Akhbarnya, Sufi Yusoff mengesahkan Tun Mahathir memerlukan beberapa minggu untuk menjalani rawatan serta pemantauan lanjut di hospital.

Pssttt! Dalam perbezaan politik sekalipun, nilai kemanusiaan dan doa tetap menyatukan. Semoga Tun Dr Mahathir dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas