Connect with us

Oh! Media

“Dia Juga Penat Dan Bosan Dituduh Curang” – Peguam Dedah Punca Sebenar Faisal Halim Ceraikan Isteri

Ohmedia faisal Halim

Trending

“Dia Juga Penat Dan Bosan Dituduh Curang” – Peguam Dedah Punca Sebenar Faisal Halim Ceraikan Isteri

Faisal Halim menafikan tuduhan curang yang dibuat isteri.

Peguam Syarie mewakili pemain bola sepak Faisal Halim iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader akhirnya bersuara menafikan dakwaan anak guamnya berlaku curang.

BACA: “Anak Cerita Dok Bersayang-Sayang Love You Bagai” – Bekas Isteri Faisal Halim Bersuara

Memetik laporan mStar, peguam menyifatkan tuduhan sebagai tidak berasas, dibuat tanpa bukti dan berlandaskan andaian semata-mata.

IKLAN

Dakwaan curang didakwa tidak berasas, kata peguam

Faisal Halim
Hantaran bekas isteri

Jelas beliau lagi, anak guamnya beritahu bekas isteri suka buat tuduhan tanpa usul periksa. Malah, penceraian kali kedua baru-baru ini kerana tidak tahan sering dituduh bermain kayu tiga sedangkan dia tidak begitu.

Talak pertama berlaku sekitar jam 1 pagi pada 11 Jun lalu kerana tidak tahan dituduh curang. Namun pada hari sama mereka rujuk. Kemudian berlaku lafaz talak yang kedua pada 10 November lalu sekitar jam 4.20 petang kerana dituduh curang sedangkan anak guam saya tidak buat perkara itu.

Tambahnya, Faisal sendiri kalau diikutkan enggan bercerai namun sebagai manusia biasa, dia juga berasa penat.

Apabila kerap kali diungkit benda sama yang tiada asas kukuh, dia juga penat dan bosan hingga mengambil keputusan untuk berpisah.

Menurutnya, sebagai pemain bola sepak kebangsaan, Faisal sering ke luar negara untuk latihan dan perlawanan, dan secara tidak langsung bertemu ramai orang.

Pssttt! Bila dah berpisah, macam-macam pula cerita yang keluar. Diharapkan kedua-dua dapat menemui jalan penyelesaian yang sesuai daripada tuduh menuduh kan..

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas