Oh! Artis
Tampil Bersama Peguam Di Mahkamah Syariah, Isteri Haqiem Stopa Didakwa Fail Cerai
Aireen Sofia sebelum ini mendakwa ditinggalkan ketika pantang dan Haqiem Stopa curang.
Isteri kepada pempengaruh Haqiem Stopa mengundang persoalan ramai apabila memuat naik foto bersama peguam.
Dalam hantaran itu, Aireena Sofia dilihat berpakaian serba putih bergambar di hadapan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat.
BACA: Haqiem Stopa Mengaku Terlepas Cakap Kerana Marah, Nafi Rumahtangga ‘Toksik’
“Asing bersama kenangan” – Isteri Haqiem Stopa

Di ruangan kapsyen, Aireena Sofia yang juga merupakan seorang pempengaruh berdoa semoga semua urusannya dipermudahkan.

Ini berikutan konflik yang dialami mereka di mana Aireen mendakwa Haqiem Stopa berlaku curang dengan gadis 18 tahun.
Pssttt! Aduh, baru je kahwin anak pun kecil lagi. Semestinya Aireena dah fikir masak-masak kan? Semoga semua urusan dipermudahkan.
Kredit: TikTok Aireena Sofia
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
